SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Jumaat, Disember 11, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 115 : SELAMAT BERHIJRAH BUAT UZTAZAH NUR MAZIAH RAMLI


Pada kesempatan ini, warga PSS SK Nuri ingin mengucapkan "Selamat Berhijrah" buat Uztazah Maziah Ramli yang merupakan salah seorang guru J Qaf di SKN. Beliau akan mula berkhidmat di SK KLIA mulai Januari 2010. Alhamdullilah, dalam kepayahan beliau hidup sendirian di sini tanpa suami di sisi akhirnya Allah kabulkan permintaan beliau. Tambahan pula , keadaan beliau yang kurang sihat dan amat memerlukan bantuan suami untuk menjalani rawatan haemodealisis sebanyak tiga kali seminggu.
Akhir sekali, warga PSS ingin merakamkan penghargaan jutaan terima kasih atas sumbangan Uztazah Maziah kepada pengurusan PSS sepanjang 2009. Warga PSS juga ingin memohon maaf zahir batin andai ada terkasar bahasa dan tersalah tingkah laku.
Semoga Uztazah Maziah terus maju dan cemerlang di sekolah baru kelak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails