SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Rabu, November 18, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 85 : SEJARAH PSS

Rentetan daripada pencapaian kejayaan sekolah pada sekitar tahun 2000,maka pada 2002 Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan sebuah makmal komputer dan sebuah lagi bangunan tambahan 3 tingkat yang mengandungi bilik darjah, Perpustakaan, Bilik Tayangan dan surau. Buku-buku dan alat pandang dengar seperti radio, televisyen, OHP, slide projektor dan ABM juga telah bertambah. Pusat Sumber SKN mempunyai Bilik Bacaan Induk (Perpustakaan) yang berkeluasan 2 bilik darjah yang mampu menampung seramai 60 orang murid dalam satu-satu masa. Bilik Audio Visual atau Alat Pandang Dengar (APD) pula mempunyai keluasan ¾ bilik darjah yang mampu menampung seramai 40 orang murid. Di samping itu PSS juga memiliki sebuah bilik Media yang juga berkeluasan separuh bilik darjah. Kesemua bilik-bilik tersebut ditempatkan di blok yang sama dan pada aras yang sama juga. Perpustakaan, Bilik Tayangan dan Bilik ABM telah disatukan menjadi Pusat Sumber Sekolah .

Pada tahun 2007 unit Pusat Sumber bertambah lagi dengan wujudnya unit Galeri Sejarah dan Pusat Akses pada 2008 . Penubuhan unit-unit ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi Pusat Sumber sekolah dan seterusnya membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan beberapa unit Pusat Sumber yang agak jauh jarak lokasinya dengan PSS Induk namun begitu pihak sekolah telah menggalakkan penggunaannya di kalangan warga SKN melalui beberapa aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh pusat sumber. Tampuk pengurusan PSS telah diambil alih oleh GMP yang baru dilantik iaitu Cikgu Nor Hayati Abdul Wahab pada awal Januari 2009 bagi menggantikan GMP sebelumnya yang mengundur diri atas masalah kesihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails