SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Rabu, November 18, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 85: APA ITU PUSAT AKSES SEKOLAH?

PUSAT AKSES SEKOLAH

PENGENALAN

· S laras dengan arus perkembangan teknologi maklumat di negara ini, kerajaan berhasrat membestarikan semua sekolah di seluruh negara melalui Program Pembestarian Sekolah.

· Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian

· Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah.


KRITERIA PEMILIHAN

KRITERIA PEMILIHAN

Lokasi

Tahap

Bandar

30%

Sekolah Rendah

70%

Luar Bandar

70%

Sekolah Menengah

30%

RASIONAL

· Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran dalam menyediakan Infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah. Pusat Akses Sekolah berfungsi sebagai pemangkin pembudayaan ICT di sekolah.

· Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan pelajar menjalankan pembelajaran secara kendiri dan mempelbagai gaya pembelajaran mereka.

· Penggunaan Pusat Akses Sekolah diharap dapat meningkatkan kemahiran ICT pelajar untuk tujuan pembelajaran.

MATLAMAT

· Membudayakan penggunaan ICT di sekolah

· Mengurangkan nisbah komputer dengan pelajar

· Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

OBJEKTIF

· Meningkatkan kemahiran pelajar dalam mencapai maklumat

· Membolehkan pelajar melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri dengan lebih berkesan

· Meningkatkan penggunaan dan penguasaan ICT pelajar untuk pembelajaran.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

· Pihak pentadbiran sekolah sebagai pelaksana hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah.

· Merancang, merangka dan melaksanakan dasar penubuhan Pusat Akses Sekolah.

· Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Akses Sekolah.

· Memastikan semua aspek keselamatan Pusat Akses Sekolah diutamakan.

· Membuat perancangan peruntukan kewangan berikut untuk dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi dimasukkan dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM):

§ Kos bahan habis guna

§ Kos penyenggaraan peralatan

§ Kos bekalan elektrik

§ Kos penggantian alat

· Memastikan setiap laporan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran Pusat Akses Sekolah dikemukakan kepada pihak yang berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails