SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Selasa, November 17, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 76 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS PSS

JAWATAN

JENIS TUGAS

Pengerusi

  1. Pastikan tugas pengawas PSS berjalan lancar.
  2. Menyusun rekod pinjaman pelajar.
  3. Membantu kerja guru dan pembantu PSS di PSS.

Penolong Pengerusi

  1. Mengurus aktiviti pengawas PSS
  2. Mengurus papan kenyataan pengawas PSS
  3. Membantu guru dan pembantu PSS di PSS.

Bendahari

  1. Memungut yuran ahli/Pengawas PSS.
  2. Mengurus jamuan akhir tahun.
  3. Membantu kerja guru dan pembantu PSS di PSS.

Setiausaha

  1. Merancang mesyuarat pengawas PSS bersama Pengerusi.
  2. Mencatat minit mesyuarat pengawas PSS.
  3. Mengurus papan kenyataan pengawas dan PSS.
  4. Menyelaras aktiviti pengawas PSS.

Ketua Minggu

  1. Mengurus aktiviti untuk setiap minggu.
  2. Mengawasi tugas-tugas harian pengawas bertugas di PSS.
  3. Menyemak rekod-rekod tugasan/kehadiran pengawas bertugas di PSS.
  4. Membantu kerja AJK Tertinggi.
  5. Membantu kerja guru dan Pembantu PSS.

Pengawas Sumber

  1. Kebersihan dan keceriaan PSS.
  2. Pinjaman dan penghantaran buku.
  3. Menyusun buku, akhbar dan majalah.
  4. Merekod pinjaman harian buku.
  5. Stok, katalog buku dan BBM.
  6. Membantu guru PSS dan Pembantu PSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails