SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA
KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM
Assalamualaikum w.b.t…
Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM.
Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya.
Sekian, wassalam .
Selasa, November 17, 2009
Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 75 : PROMOSI : JOM KUNJUNGI PSS
Inilah salah satu inisiatif kami warga PSS untuk 'mencuri' hati warga SKN agar ramai-ramai berkunjung ke PSS selalu.
Sebagimana berkibarnya 'banner' PSS ini,begitulah berkobarnya semangat kami di Unit PSS ingin mengajak seramai mungkin warga SKN selalu berkunjung ke PSS walaupun ianya di aras 3 Bangunan Gardenia ini.... "JOM KUNJUNGI PSS KITA'.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan