Pada 10 November yang lalu SK Nuri di bawah anjuran Unit HEM telah menganjurkan Perkhemahan Jati Diri . Murid-murid yang menjadi sasaran untuk perkhemahan ini ialah murid-murid Tahap Dua iaitu murid Tahun Empat,Lima dan Enam.
Perkhemahan diadakan bermula jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti :
a) Memasang dan menghias khemah
b) Kawad Kaki
c) Menyediakan 'sandwich'
d) 'Treasure hunt'
e) Ceramah Motivasi

Cikgu Kamal B Abd Rahman selaku GPK HEM telah menyampaikan ucapan dan merasmikan program ini.

Pembentangan kumpulan Unit Uniform akan identiti diri kumpulan masing-masing

Penceramah motivasi dari SM DUAM.

Pertandingan Kawad Kaki antara Unit Uniform

Penyampaian Hadiah oleh Pn Hjh Hamijah selaku GPK 1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan