SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Selasa, September 29, 2009

TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT 43 - BERTUAHNYA MENJADI RAKYAT MALAYSIA

Asrama 1Malaysia akan diwujudkan


PUTRAJAYA - Kerajaan sedang menimbangkan untuk mewujudkan sebuah asrama di Lembah Klang untuk memenuhi keperluan pelajar semua kaum yang menghadapi pelbagai masalah di rumah yang telah menjejaskan pembelajaran mereka, selaras dengan semangat 1Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

» selanjutnya

Isnin, September 28, 2009

TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT 42 - SELAMAT HARI RAYA & MOHON MAAF ZAHIR BATIN

Agak sudah lama blog PSS ini terpinggir tidak dilayari...beberapa kejadian dan musibah yang ditempuhi sepanjang Ramadhan yang lalu sedikit sebanyak tempiasnya tersimbah di blog ini....apakan daya pengurus blog ini kan manusia biasa tambahan pula masih banyak kelemahannya. Adakala kejadian senario atau fenomena yang berlaku di sekeliling kita sedikit sebanyak pasti akan mencuit atau menyentak hati dan sanubari kita. Mohon maaf di atas kealpaan tanggungjawab tersebut...Oleh itu.,tatapilah kad ucapan ini sebagai tanda mohon kemaafan dan mohon keredhaan atas segala perbuatan dan tuturkata sepanjang usia yang telah dititi.....



Rabu, September 16, 2009

TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT 41 : Renungkan dan ambillah iktibar dari kekuasaan Allah ini.

Kembar siam Afghan dipisah


GAMBAR menunjukkan bayi lelaki sebelum
pembedahan memisahkan kembarnya yang
mempunyai kaki dan tangan tetapi tiada kepala
di Kunduz, Afghanistan.


KUNDUZ - Sepasukan doktor Afghanistan berjaya memisahkan bayi lelaki yang melekat pada kembarnya yang tidak mempunyai kepala dalam satu pembedahan di sebuah hospital di sini lewat malam kelmarin.

Seorang doktor yang terlibat dalam pembedahan itu, Dr. Homayoun Khamoosh berkata, bayi yang dilahirkan di Kunduz pada Khamis lalu itu masih hidup manakala kembarnya yang tiada kepala berjaya dipisahkan.

"Kembar bayi itu yang bercantum dengannya sudah meninggal dunia setelah menunjukkan beberapa pergerakan buat seketika beberapa hari lalu," katanya.

Kembarnya itu mempunyai kaki dan tangan tetapi tiada kepala.

Ibu kepada bayi itu ialah seorang wanita tempatan berusia 35 tahun yang sebelum ini sudah melahirkan empat anak normal. - AFP

Isnin, September 14, 2009

TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT 40 : Tiada lagi simpati untuknya, malah tidak lagi dihormati....

Moyang dibunuh, barang kemas RM100,000 lesap



PETALING JAYA - Debaran seorang cicit merasakan sesuatu yang buruk menimpa moyangnya selepas tidak menyahut panggilan supaya membuka pintu ternyata benar apabila warga emas itu ditemui mati dibunuh di Blok 7, Desa Mentari di sini semalam. Lagi...

Selasa, September 08, 2009

TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT 39 - SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2009

Tanggal 08 September 2009 hingga 10 September 2009 ini merupakan tarikh keramat untuk pelajar Tahun 6 setelah menempuh alam persekolahan hampir enam tahun di sekolah rendah.
Tempoh masa tersebut merupakan sesi Peperiksaan UPSR 2009 dijalankan.
Inilah yang akan dijadikan ukuran untuk menguji tahap penguasaan pelajar sekolah rendah dan kemahiran yang diperolehi oleh mereka sepanjang berada di alam sekolah rendah.
Seramai 57 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Nuri akan menjadi calon yang menduduki peperiksaan ini yang dijalankan di Dewan SK Nuri.
Seluruh warga sekolah ini mengucapkan selamat maju jaya kepada murid - murid Tahun 6 semoga mendapat kejayaan yang cemerlang. Terima kasih kepada guru - guru subjek yang telah bertungkus lumus sebelum ini dan sama - sama kita mendoakan agar target sekolah akan menjadi kenyataan dan mendoakan agar lebih ramai lagi pelajar mendapat kejayaan 5A dalam UPSR ini.
Setelah penat berusaha ,kini kita hanya perlu memperbanyakkan doa dan bertakawakal pada Allah.
SELAMAT 'BERJUANG' WAHAI PUTERA PUTERI SK NURI....BUAT SEHABIS BAIK UNTUK KEJAYAAN UPSR ANDA

Jumaat, September 04, 2009

TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT 38 - Minyak Aroma cegah Virus Influenza A (H1N1) Selesema BABI


Khasiat minyak Aroma bukan suatu penemuan baru. Sejak zaman dahulu lagi bermacam-macam minyak aroma di gunakan untuk pelbagai rawatan....

Klik disini untuk mengetahui maklumat lanjut...

TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT 37 - FADHILAT SOLAT TERAWIH M;LAM KELIMA BELAS

Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT 36 - Pelajar UniMAP parah tiru gaya 'Spiderman'


ANAK panah menunjukkan lokasi pelajar UniMAP terjatuh dari kolej kediamannya di Kampung Wai, Kangar kelmarin.


KUALA PERLIS - Mungkin mahu meniru kehebatan 'Spiderman' Perancis, Alain Robert, seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang terlupa bawa kunci kediamannya cuba memanjat masuk ke rumahnya melalui rumah sebelah di kolej kediaman di Kampung Wai di sini kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, pelajar lelaki dalam jurusan kejuruteraan meturlogi itu tidak mampu mengikut jejak Robert apabila dia terjatuh dari tingkat satu kolej tersebut.

"Semasa keluar dari langkan (beranda) di dapur rumah sebelah, pelajar itu tergelincir lalu terjatuh," kata Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Ekoran kejadian itu, katanya, pelajar tahun satu dari Melaka itu cedera di kepala dan dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hospital Tuanku Fauzaih (HTF), Kangar.

Khamis, September 03, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 35 :Kekejaman Bintang Tiga

  • DITANGKAP dan disembelih hidup-hidup, darah menyembur keluar dari leher yang hampir putus, tubuh terangkat ke atas dan menggelepar menahan seksa sakratulmaut. Bunyi geruh menarik ... [ artikel selanjutnya]

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 34 : Merdeka!

KATA keramat, Merdeka! sekali lagi bakal dilaungkan penuh semangat, lusa. Pada hari istimewa ini, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum meraikan detik penuh bersejarah, Hari ... [berita selanjutnya]

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 33 : Harga petrol disesuaikan dengan kenaikan subsidi: PM

PUTRAJAYA: Harga petrol di pam perlu disesuaikan sedikit disebabkan kenaikan subsidi, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini. Perdana Menteri berkata, kerajaan komited untuk ... [berita selanjutnya]

Rabu, September 02, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 32 : Pelajar kena waspada jangkitan H1N1

KUALA LUMPUR - Pelajar, terutama yang akan menduduki peperiksaan dinasihat supaya sentiasa menjaga kebersihan bagi mengelak daripada dijangkiti virus Influenza A (H1N1).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, amalan kebersihan diri yang utama perlu diteruskan dengan membasuh tangan, terutama selepas batuk dan bersin, selain menutup mulut dan hidung dengan tisu ketika bersin dan membuang terus tisu itu ke dalam tong sampah.

Antara peperiksaan yang bakal dihadapi pelajar ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu pada 8 hingga 10 September ini, Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula pada 7 Oktober dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 19 November.

Beliau turut meminta ibu bapa supaya tidak menghantar anak mereka ke sekolah jika mereka menunjukkan tanda-tanda demam atau selesema.

“Ini kerana jika anak-anak yang menunjukkan simptom dihantar juga ke sekolah, ia amat berisiko untuk menularkan virus Influenza A kepada rakan-rakan mereka yang lain,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa H1N1 di sini, semalam.

Dr Mohd Ismail berkata, sehingga jam 9 pagi semalam, 193 pesakit disahkan positif H1N1 dengan 46 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu mereka yang mempunyai faktor risiko seperti penyakit kronik, obesiti, kanak-kanak dan bayi, bersalin dan hamil, penyakit jantung, asma dan immuniti rendah.

Beliau berkata, sejumlah 278 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 279 kes telah dibenar keluar.

Sehingga kini, sejumlah 1,373 pesakit ILI sedang dirawat di 94 hospital termasuk sepuluh hospital swasta di seluruh negara.

Dr Mohd Ismail berkata, kementerian juga menerima laporan mengenai tiga kematian yang berlaku pada 30 Ogos di Negeri Sembilan melibatkan mereka yang berumur antara 24 dan 42 tahun.

Kes itu akan dibentang kepada Jawatankuasa Semakan Kematian Influenza A (H1N1) semalam.

“Keputusannya akan diumum secepat mungkin sama ada kematian ini disebabkan oleh jangkitan H1N1 atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, jumlah kematian akibat H1N1 di seluruh negara setakat ini kekal 72 orang. - Bernama

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 31 : MAJLIS BACAAN TAHLIL

Sebagai tanda ingatan kepada allahyarham suami Pn Azizah Ab Manan iaitu Guru Besar SK Nuri,Badan Staf Nuri telah bersepakat untuk mengadakan majlis tahlil khas untuk allahyarham tersebut selepas waktu sekolah pada 1 September 2009.
Majlis yang dihadiri oleh warga SK Nuri iaitu guru-guru dan kaki tangan sekolah telah diketuai oleh Uztaz Mohd Rosdi Sulaiman.
Semoga majlis ini mendapat barakah dan keredhaan Allah dan pahalanya sampai kepada allahyarham Cikgu Nasir.
Kepada Cikgu Azizah dan anak-anak ,kami warga SK Nuri sentiasa mendoakan agar cikgu semakin tabah menghadapi realiti hidup yang telah diatur oleh-Nya. Sesungguhnya ujian Allah adalah tanda kasih sayang-Nya pada kita. Oleh itu, kita hendaklah redha dengan ketentuan-Nya.
Banyak-banyak bersabar ya cikgu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails