Pada 4 Ogos 2009, Jawantankuasa Keselamatan SK Nuri yang diketuai oleh Pn. Dahlia telah mengadakan Latihan Keselamatan yang melibatkan orang gila atau mengamuk.
Latihan bermula jam 11.35 pagi dan tamat pada jam 11.50 pagi. Didapati murid-murid berjaya mengambil langkah-langkah keselamatan seperti mengunci pintu dan tingkap bilik darjah dan duduk dalam keadaan senyap apabila mendengar loceng amaran terputus-putus. Masa yang diambil oleh murid untuk mengunci pintu dan tingkap bilik darjah ialah 90 saat.
Walaupun kes yang melibatkan orang gila/mengamuk belum pernah berlaku di SK Nuri, tetapi sekolah sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku dengan mengadakan latihan sebegini saban tahun.
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh seluruh warga SK Nuri di dalam menjayakan aktiviti ini.
Sehari sebelu itu pula iaitu pada hari Isnin, 3 Ogos 2009, Jawatankuasa Keselamatan SK Nuri telah mengadakan Latihan Kebakaran Siri 2/2009. Latihan kebakaran ini bermula jam 10.00 pagi apabila loceng amaran kebakaran dibunyikan.
Latihan kebakaran yang diketuai oleh Cikgu Mohd Fadil bin Baharom ini mahu menguji sejauhmana kepekaan warga SK Nuri seperti guru, murid, staf, pekerja kantin dan pekerja sekolah di dalam menghadapi bencana khususnya kebakaran. Hasilnya, semua warga SK Nuri berjaya mengosongkan bangunan sekolah dan berkumpul di Padang Sekolah dalam masa 4 minit.
Setibanya murid-murid di padang, ketua setiap kelas dikehendaki melaporkan bilangan murid di dalam kelas mereka samada mencukupi ataupun tidak kepada Guru Penolong Kanan HEM, Encik Kamal bin Abdul Rahman.
Secara keseluruhannya, program berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama dari seluruh warga SK Nuri. Program ini tamat pada 10.30 pagi

Ketua atau penolong kelas akan melaporkan bilangan ahli kelas kepada Guru Penolong Kanan HEM, Encik Kamal bin Abdul Rahman.
Encik Mohd Fadil bin Baharom menerangkan prosedur keselamatan yang perlu diikuti oleh semua warga SK Nuri.
Kesimpulannya,yang tersirat daripada kedua-dua peristiwa yang tersurat ini ialah melatih warga SK Nuri agar senantiasa bersedia sekiranya berlaku sebarang yang diduga.Malang itu kan tidak berbau.... Tahniah jawatankuasa Keselamatan SK Nuri.
Latihan bermula jam 11.35 pagi dan tamat pada jam 11.50 pagi. Didapati murid-murid berjaya mengambil langkah-langkah keselamatan seperti mengunci pintu dan tingkap bilik darjah dan duduk dalam keadaan senyap apabila mendengar loceng amaran terputus-putus. Masa yang diambil oleh murid untuk mengunci pintu dan tingkap bilik darjah ialah 90 saat.
Walaupun kes yang melibatkan orang gila/mengamuk belum pernah berlaku di SK Nuri, tetapi sekolah sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku dengan mengadakan latihan sebegini saban tahun.
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh seluruh warga SK Nuri di dalam menjayakan aktiviti ini.
Latihan kebakaran yang diketuai oleh Cikgu Mohd Fadil bin Baharom ini mahu menguji sejauhmana kepekaan warga SK Nuri seperti guru, murid, staf, pekerja kantin dan pekerja sekolah di dalam menghadapi bencana khususnya kebakaran. Hasilnya, semua warga SK Nuri berjaya mengosongkan bangunan sekolah dan berkumpul di Padang Sekolah dalam masa 4 minit.
Setibanya murid-murid di padang, ketua setiap kelas dikehendaki melaporkan bilangan murid di dalam kelas mereka samada mencukupi ataupun tidak kepada Guru Penolong Kanan HEM, Encik Kamal bin Abdul Rahman.
Secara keseluruhannya, program berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama dari seluruh warga SK Nuri. Program ini tamat pada 10.30 pagi



Kesimpulannya,yang tersirat daripada kedua-dua peristiwa yang tersurat ini ialah melatih warga SK Nuri agar senantiasa bersedia sekiranya berlaku sebarang yang diduga.Malang itu kan tidak berbau.... Tahniah jawatankuasa Keselamatan SK Nuri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan