Alhamdullilah,pada 6 Ogos 2009 bersamaan hari Khamis PSS SK Nuri telah dikunjungi oleh En Mohd Ghazali B Che Man bagi tujuan pemantauan Pengredan PSS 2009. Secara keseluruhan , beliau berpuas hati dengan transformasi yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kerja PSS. Beliau kagum dan mengucapkan tahniah kepada warga kerja Unit PSS. Beliau yakin, hasil yang dipantau oleh beliau pada hari ini adalah merupakan kerja keras dan menuntut pengorbanan yang besar daripada warga kerja Unit PSS. Beliau berharap komitmen yang sebegini diteruskan dan akan menjadikan PSS SK Nuri semakin berinformasi dan cemerlang.
Kepada beliau, kami mengucapkan terima kasih. Apa jua yang kami perolehi hari ini merupakan hasil input yang kami dapat daripada tunjuk ajar pegawai-pegawai dari PKG juga khasnya PKG Johol.
Kepada semua warga SK Nuri khasnya warga kerja Unit PSS, saya mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan kepada saya dalam menguruskan PSS sekolah kita. Tanpa anda, tiadalah mampu saya memikul tanggungjawab ini.
SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA
KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM
Assalamualaikum w.b.t…
Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM.
Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya.
Sekian, wassalam .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan