Pada jam 12.30 tengahari yang lalu, seramai 20 murid iaitu 10 murid lelaki dan 10 orang murid perempuan telahpun bertolak ke Kem Pusako untuk Perkhemahan 1 Malaysia.
Perkhemahan ini telah diketuai oleh Uztaz Rosdi Sulaiman yang akan menemani para peserta perkhemahan ini bermula hari ini hingga hari Jumaat ini.
Kepada rombongan sekolah ini semoga sihat dan selamat pergi dan balik nanti.
Jangan rindu-rinduan keluarga yang ditinggalkan. Berkorban untuk kebaikan diri kita banyak fadhilatnya yang akan kita terima nanti.
Jaga diri baik-baik ya...
SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA
KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM
Assalamualaikum w.b.t…
Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM.
Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya.
Sekian, wassalam .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tahniah kpd peserta-peserta Perkhemahan 1 Malaysia yg telah berjaya bertahan sehingga ke hari terakhir perkhemahan.Walaupun ada kenangan pahit yang terpalit pada diri peserta tetapi yang Pasti byk kenangan manis kan....
BalasPadam