SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Selasa, Julai 21, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

Kepada Uztazah Ruziana...Tahniah kerana telah mendapat
status 'isteri orang' pada 18 Julai yang lalu.
Warga SK Nuri mengucapkan Selamat Pengantin Baru
semoga kekal bahagia hingga penghujung nyawa.

1 ulasan:

  1. Seandainya mahligai yang dibina atas dasar cinta ini dilanda ombak atau ditumbuhi oleh onak yang ntah dari mana jua sekali pun...ingatlah pada tali Allah selalu. Sabar dan tabahkan hati serta berserah pada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa jua yang diuji pada kita. Semoga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa....amin

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails