Namun ....dalam masa yang sama itu juga, ianya merupakan detik yang paling sebak dan pilu buat keluarga Puan Azizah Ab Manan yang merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Nuri. Pada detik itu, suami beliau iaitu Cikgu Nasir telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung. Kami warga SK Nuri turut terasa pilu hati dan perasaan di atas pemergian allahyarham yang secara mengejut.
Ucapan TAKZIAH untuk Puan Azizah dan keluarga di atas pemergian suami tercinta. Semoga Allahyarhamah dicucuri rahmat dari Allah. Semoga dipermudahkan perjalanan roh menempuhi malam pertama di alam yang baru dan semoga mendapat barakah di bulan Ramadhan yang mulia ini.Amin..
Buat Puan Azizah dan anak-anak serta keluarga... semoga tabah menghadapi dugaan dan takdir Allah.
Marilah sama2-sama sedekahkan Al-Fatihah atau bacaan yassin pada Allahyarham.

Di kesempatan ini, warga SK Nuri ingin mengungkaikan 'Salam Takziah' kepada Cikgu Siti Hasnah Md Ali di atas kepulangan ayahanda tercinta beliau ke rahmatullah pada 04 Jun 2009 yang lalu bersamaan 10 Jamadil Akhir 1430.Semoga Allah mencucuri roh allahyarham dan digolongkan bersama hambaNya yangdirahmati...Amin.