SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .
Memaparkan catatan dengan label Petikan Akhbar Pilihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petikan Akhbar Pilihan. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 19, 2009

TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT 53 - Hari Malaysia diisytihar sebagai cuti umum mulai tahun depan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.

Beliau yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata, pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.

"Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

"Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.

Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di mana Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963. - Bernama

Rabu, September 16, 2009

TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT 41 : Renungkan dan ambillah iktibar dari kekuasaan Allah ini.

Kembar siam Afghan dipisah


GAMBAR menunjukkan bayi lelaki sebelum
pembedahan memisahkan kembarnya yang
mempunyai kaki dan tangan tetapi tiada kepala
di Kunduz, Afghanistan.


KUNDUZ - Sepasukan doktor Afghanistan berjaya memisahkan bayi lelaki yang melekat pada kembarnya yang tidak mempunyai kepala dalam satu pembedahan di sebuah hospital di sini lewat malam kelmarin.

Seorang doktor yang terlibat dalam pembedahan itu, Dr. Homayoun Khamoosh berkata, bayi yang dilahirkan di Kunduz pada Khamis lalu itu masih hidup manakala kembarnya yang tiada kepala berjaya dipisahkan.

"Kembar bayi itu yang bercantum dengannya sudah meninggal dunia setelah menunjukkan beberapa pergerakan buat seketika beberapa hari lalu," katanya.

Kembarnya itu mempunyai kaki dan tangan tetapi tiada kepala.

Ibu kepada bayi itu ialah seorang wanita tempatan berusia 35 tahun yang sebelum ini sudah melahirkan empat anak normal. - AFP

Isnin, September 14, 2009

TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT 40 : Tiada lagi simpati untuknya, malah tidak lagi dihormati....

Moyang dibunuh, barang kemas RM100,000 lesap



PETALING JAYA - Debaran seorang cicit merasakan sesuatu yang buruk menimpa moyangnya selepas tidak menyahut panggilan supaya membuka pintu ternyata benar apabila warga emas itu ditemui mati dibunuh di Blok 7, Desa Mentari di sini semalam. Lagi...

Jumaat, September 04, 2009

TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT 36 - Pelajar UniMAP parah tiru gaya 'Spiderman'


ANAK panah menunjukkan lokasi pelajar UniMAP terjatuh dari kolej kediamannya di Kampung Wai, Kangar kelmarin.


KUALA PERLIS - Mungkin mahu meniru kehebatan 'Spiderman' Perancis, Alain Robert, seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang terlupa bawa kunci kediamannya cuba memanjat masuk ke rumahnya melalui rumah sebelah di kolej kediaman di Kampung Wai di sini kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, pelajar lelaki dalam jurusan kejuruteraan meturlogi itu tidak mampu mengikut jejak Robert apabila dia terjatuh dari tingkat satu kolej tersebut.

"Semasa keluar dari langkan (beranda) di dapur rumah sebelah, pelajar itu tergelincir lalu terjatuh," kata Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Ekoran kejadian itu, katanya, pelajar tahun satu dari Melaka itu cedera di kepala dan dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hospital Tuanku Fauzaih (HTF), Kangar.

Khamis, September 03, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 33 : Harga petrol disesuaikan dengan kenaikan subsidi: PM

PUTRAJAYA: Harga petrol di pam perlu disesuaikan sedikit disebabkan kenaikan subsidi, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini. Perdana Menteri berkata, kerajaan komited untuk ... [berita selanjutnya]

Rabu, September 02, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 32 : Pelajar kena waspada jangkitan H1N1

KUALA LUMPUR - Pelajar, terutama yang akan menduduki peperiksaan dinasihat supaya sentiasa menjaga kebersihan bagi mengelak daripada dijangkiti virus Influenza A (H1N1).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, amalan kebersihan diri yang utama perlu diteruskan dengan membasuh tangan, terutama selepas batuk dan bersin, selain menutup mulut dan hidung dengan tisu ketika bersin dan membuang terus tisu itu ke dalam tong sampah.

Antara peperiksaan yang bakal dihadapi pelajar ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu pada 8 hingga 10 September ini, Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula pada 7 Oktober dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 19 November.

Beliau turut meminta ibu bapa supaya tidak menghantar anak mereka ke sekolah jika mereka menunjukkan tanda-tanda demam atau selesema.

“Ini kerana jika anak-anak yang menunjukkan simptom dihantar juga ke sekolah, ia amat berisiko untuk menularkan virus Influenza A kepada rakan-rakan mereka yang lain,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa H1N1 di sini, semalam.

Dr Mohd Ismail berkata, sehingga jam 9 pagi semalam, 193 pesakit disahkan positif H1N1 dengan 46 kes berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu mereka yang mempunyai faktor risiko seperti penyakit kronik, obesiti, kanak-kanak dan bayi, bersalin dan hamil, penyakit jantung, asma dan immuniti rendah.

Beliau berkata, sejumlah 278 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 279 kes telah dibenar keluar.

Sehingga kini, sejumlah 1,373 pesakit ILI sedang dirawat di 94 hospital termasuk sepuluh hospital swasta di seluruh negara.

Dr Mohd Ismail berkata, kementerian juga menerima laporan mengenai tiga kematian yang berlaku pada 30 Ogos di Negeri Sembilan melibatkan mereka yang berumur antara 24 dan 42 tahun.

Kes itu akan dibentang kepada Jawatankuasa Semakan Kematian Influenza A (H1N1) semalam.

“Keputusannya akan diumum secepat mungkin sama ada kematian ini disebabkan oleh jangkitan H1N1 atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata, jumlah kematian akibat H1N1 di seluruh negara setakat ini kekal 72 orang. - Bernama

Isnin, Ogos 31, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 29 : Hishammuddin beri amaran usah bertindak luar batas



SHAH ALAM – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran keras kepada mana-mana pihak supaya tidak mengambil sebarang tindakan di luar batas.. » selanjutnya

Sabtu, Ogos 29, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 25 : Korban wabak selesema babi kekal 71 orang

KUALA LUMPUR: Tiada kematian akibat Influenza A (H1N1) dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes korban wabak itu di negara ini kekal 71 orang, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican. [berita selanjutnya....]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails