SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .
Memaparkan catatan dengan label LDP Sekolahku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LDP Sekolahku. Papar semua catatan

Ahad, Julai 04, 2010

LDP : Pembinaan Jadual Waktu Berkomputer

Tarikh : 29 Jun 2010
Hari : Selasa
Jam : 2 - 4pm
Sasaran : AJK Jadual Waktu
Tempat : Makmal Komputer SK Nuri
Anjuran : Unit LDP SK Nuri
Pembentang : Cikgu Abd Malek Taib dari SK Undang Johol








Isnin, Jun 21, 2010

LDP : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Tarikh : 18 Jun 2010
Hari : Jumaat
Jam : 8 am - 12 pm
Sasaran : Semua guru
Tempat : Bilik Gerakan SK Nuri
Anjuran : Unit LDP SK Nuri
Pembentang : Cikgu Hartina Ab Rahman






LDP : Oral Skills Through Stories

Tarikh : 11 Jun 2010
Hari : Jumaat
Jam : 8 am - 12 pm
Sasaran : Semua guru
Tempat : Bilik Gerakan SK Nuri
Anjuran : Unit LDP SK Nuri
Pembentang : Cikgu Huda Zayani Adam

Pembentang : Cikgu Huda Zayani Adam





Ahad, Ogos 09, 2009

TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT 6 : LDP -TEAM BUILDING

Pada 08 Ogos 2009, Unit LDP SKN telah berjaya menganjurkan sebuah lagi LDP yang bertajuk 'Team Building' kepada semua guru SK Nuri dengan jayanya. Penceramah jemputan pada kali ini ialah En. Muhammad Rosli B Abdul Muhim yang merupakan nazir dari Jemaah Nazir Jaminan dan Kualiti JPNS.
LDP ini bermula jam 8.00 pagi dengan pendedahan tentang 'Team Building' yang patut dijadikan amalan dalam kita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru bagi memastikan kecemerlangan anak didik dan sekolah kita.
Pada Slot kedua pula iaitu selepas kudapan,merupakan slot perbengkelan di dalam kumpulan dan kemudiannya dibentangkan oleh wakil kumpulan masing-masing. Di akhir pembentangan kumpulan ini, En Muhammad Rosli telah membuat rumusan hasil pembentangan tersebut.
LDP ini telah berakhir pada jam 1.00 petang dengan makan tengahari.
Tahniah kepada guru-guru yang telah berjaya menghadirkan diri ke majlis yang sebegini. Diharapkan guru-guru telah dapat manfaat melalui LDP ini, dan cubalah kita renung-renungkan apa tersirat di dalam LDP ini....moga ianya menjadi sempadan dan manfaat kepada kita.

Ahad, Julai 12, 2009

SEKALUNG TAHNIAH.. UNIT LDP SEKOLAH, SK NURI

Tanggal 11 Julai 2009 bersamaan hari Sabtu semalam ,Unit LDP SK Nuri telah menganjurkan satu lagi slot LDP dengan jayanya.
LDP yang merupakan kali ketiga bagi warga SK Nuri ini bertajuk P&P yang berkesan di dalam bilik darjah. Penceramah jemputan bagi LDP ini pula ialah En Ismail Arshad dan Hjh Rohani Mohamed yang merupakan ketua nazir dari KPM.
LDP ini terdiri dari 2 slot iaitu :
8.30-10.30 pagi - Pencairan maklumat hasil dari jemaah penaziran tentang pengurusan bilik darjah dan peranan guru sebagai perancang,pengelola,pengurus dan pengawal bilik darjah agar ianya senantiasa kondusif.
10.30 - 12.00 tengahari pula merupakan slot perbengkelan dan pembentangan hasil perbincangan guru-guru dalam kumpulan masing-masing.
Perbentangan kumpulan ini telah dinilai oleh En Ismail melalui hasil dapatan yang telah guru-guru perolehi di slot pertama dan cara persembahan kumpulan masing-masing.
Keputusannya, Kumpulan 2 yang dinamakan 'RANGERS NURI' dan diketuai oleh Cikgu Abu Zaini dan rakan-rakannya yang lain iaitu Cikgu NorFauziah,Cikgu Kamisah,Cikgu Nor Hayati dan Cikgu Majidah telah mendapat tempat pertama - TAHNIAH. Kepada kumpulan guru yang lain usah putus asa,bengkel LDP yang lain kita cuba lagi ya.
LDP ini telah berakhir pada jam 12.30 tengahari.Banyak info dan pengetahuan yang telah dikongsi bersama kedua-dua orang nazir yang hadir.Semoga p&p guru-guru akan lebih efektif dan berkualiti selepas ini...amin.
Kepada En Ismail dan Hjh Rohani,terima kasih daun keladi lain kali datanglah lagi.







Rabu, Jun 17, 2009

TAKLIMAT 5 `S

SEIRI, SEITON,SEISO,SEIKETSU DAN SHITSUKE

Hari: Selasa
Tarikh: 16 Jun 2009
Masa: 3 Petang

Terima kasih kepada Pn. Azizah,Guru Besar Sk Nuri kerana telah mengadakan taklimat 5`S ( Seiri,seiton, seiso,seiketsu dan shitsuke).
tujuan taklimat ini diadakan untuk mengemaskini dan menyusun semula pesekitaran kerja semua warga SKN.
Warga SKN diberi masa tempoh sebulan untuk melaksanakannya..

kita tunggu ye transformasi yang bakal dilaksanakan oleh semua warga SKN.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails