SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .
Memaparkan catatan dengan label Info Buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Buku. Papar semua catatan

Khamis, Jun 11, 2009

MEMOIR SEORANG GURU


Orang kata jangan menilai sebuah kandungan buku itu berdasarkan kulitnya. Maka, mengambil pepatah itulah, saya menyedari buku yang telah selesai hampir 5 kali saya baca , menepati maksud betapa sebuah buku yang baik hanya bergantung kepada kandungannya.

Kalaulah diperhatikan wanita yang asyik mengelamun di danau itu (berdasarkan gambar kulit), mati-mati saya tak akan beli, kerana saya benci betul novel cintan cintun yang tidak berkesudahan. Bukan setakat novel melayu sahaja, novel inggeris pun begitu juga.

Antara memoir yang saya paling ingat ialah kisah seorang guru dengan murid yang membela seekor beruk..Terkenang kembali waktu saya menerima latihan perguruan di maktab dahulu, cerpen Cikgu Sunan dan Beruk ini dibacakan di hadapan semua pelatih guru.
Maka, sayugianya ramai pula yang menitiskan air mata kerana terharunya akan ceritanya.

Pernahkah kalian membaca cerpen itu?

Memoir Seorang Guru, ialah sebuah buku memoir. Kisah hidup pahit manis seorang guru. Ya, dalamnya tertulis panjang lagi kisah seorang guru. Kisah pahit getir bagaimana seorang guru yang mendidik dan mengajar anak bangsanya.

Membacanya seolah seperti melihat cermin diri saya sendiri. Hanya seorang guru yang mengerti dunia seorang guru. Mungkin kerana kepenatan menjadi seorang guru, watak utama itu terlalu patah hati dengan dunia pendidikan sehingga tidak membenarkan anak perempuannya sendiri memasuki dunia pendidikan. Ia kisah seorang ustaz yang berperang dengan kekeliruan perasaan dalam hatinya yang sudah kematu. Barangkali, terumbang ambing dengan kisah-kisah anak muridnya satu persatu.

Kisahnya dengan anak muridnya yang bernama Abdul Halim, Sakinah, Midun dan Alias yang telah banyak mewarnai memoir hidupnya seorang guru. Barangkali, dia memikirkan dia bukan seorang guru yang baik. Tetapi, masyaallah, betapa besarnya jasa guru sehingga masih dikenang oleh anak didik yang berbekas di hatinya.

Cerita-cerita yang disirat jalinkan sangat mencengkam perasaan. Hiba, pilu, marah, benci bercampur gaul, namun akhirnya pada akhir bab ini, lahirlah perasaan kasih sayang terhadap watak-watak yang sangat realis dalam novel ini.

Apatah lagi, novel ini hasil tulisan Azizi Abdullah, yang juga kerjaya dahulunya seorang guru agama. Maka, mungkin, coretan dan cebisan kisah novel ini, adalah nukilan yang dilhamkan daripada sumber pertama. Pengalaman hidup seorang guru yang real yang telah mewarnai watak-watak cerita ini dengan baik.

Tuntasnya, carilah buku ini. Dan, bacalah dengan sepenuh jiwa dengan setulus ikhlas dirimu. Mungkin kalian yang seorang perdana menteri, kerani, peguam, doktor atau sesiapa sahaja mampu bergetar jiwanya, merasai betapa besarnya jasa seorang guru.



Anda akan merasa kata-kata keras, di sebalik kemanjaan murid. Anda akan menemui kekasaran di sebalik lemah lembut murid. Tetapi diakhirnya anda akan temui dialah yang memiliki kasih sayang melalui doa dan harapan, sehingga anda akan mengalir air mata dan berkata; begitukah guru kami.


Disyorkan, semua guru dan para pelajar dapat membaca novel keluaran alaf 21 ini. saya mengesyorkan semua memiliki dan membacanya kerana di situ terhimpun kasih sayangnya dan kejayaan murid-muridnya dalam bidang kerani, jururawat, doktor, peniaga, penternak, petani, peguam, majestrit dan korporat.Itulah doa dan jasa seorang guru. Anda akan membaca pada akhir novel ini bersama lelehan air mata kerana bangga.

Jumaat, Jun 05, 2009

info buku

saya cadangkan kalian membaca buku ini..
titisan ilmu yang cukup bermanafaat untuk kita semua..

buku ini adalah terjemahan dari buku arab dengan judul yang sama
karangan Dr A`idh bin Abdullah Al-Qarni dan terjemahan dalam bahasa Malaysia di terbit kan oleh al -Hidayah Publishers

buku motivasi, agar seseorang tidak bersedih apa jua menghadapi dugaan hidup..

Antara kutipan la tahzan:
"jangan bersedih, sebab kesedihan hanya membuat air yang segar terasa pahit, dan sekuntum mawar yang indah tampak seperti sebongkok labu, taman yang rimbun tampak seperti gurun pasir yang gersang, dan kehidupan dinia menjadi penjara yang pengap."

selamat membaca...

siapa pindahkan keju aku?



terkenang kembali saat Lepas saja majlis konvokesyen Kolej Universiti Islam Malaysia (masa tu namanya KUIM,sekarang dah tukar nama USIM) ,mcm perkara yang saya buat termasuk la menghabiskan masa menonton vcd dan baca novel. Suatu perkara yang saya masih ingat ialah ada 1 movie motivasi yang bertajuk “Who Moved My Cheese?”

Menarik jugakla sebab movieda kartun2 yang memberi motivasi pastu lepas tgk movie tu, saya terfikir Secara asas nya movie itu mengajar kita supaya bersedia menerima perubahan.

Okeh.. bayangkan atau ingat kembali ketika anda baru je grad. Memang masa kita student kita excited nk start keje. Ye lah kan..dapat duit sendiri..boleh beli apa yang kita nk yang masa student kita bleh tgk je orang beli. Masa tu memang kita nak sangat dan nantikan sangat perubahan dalm hidup kita. Sebab kita tahu itulah perubahan yang paling best dan buat kita rasa dewasa.

Video“Who Moved My Cheese?” pada saya masa tu memang tak beri impak sangat atau boleh kata tak langsung lah. Sebabnya video tu punya walk away message “Jangan takut untuk berubah” sedangkan masa tu memang tak takut langsung malah nak sesangat untuk berubah.

Itu cerita tahun 2005, sekarang dah 5 tahun berlalu. Dah tiga tahun kerja. Hidup pon more or less dah stabil. Bila hidup kita dah kita sendiri tafsirkan sebagai stabil, rasa takut untuk berubah akan mula berkubu kat jiwa. Haa..masa ni lah saya rasa video ni akan berguna.


Saya baru habiskan buku Who Moved My Cheese? karya Dr. Spencer Johnson. Kira ni version buku untuk video yang sy tengok 5 tahun . Buku ni bestnya dia bercerita. Kisah 4 watak utama dalam cerita tu yang bernama Sniff, Scurry, Hem dan Haw.

Keempat2 watak utama ni mempunyai satu tujuan je dalam hidup derang iaitu makan keju. Ceritanya bermula bila derang jumpa selonggok keju dan mula rasa bahagia. Malangnya bila keju tu dah habis, hidup mereka berempat dapat ditentukan dengan sikap masing2.

Sniff adalah seekor tikus yang sentisa menghidu perubahan. Apa yang berlaku, dia sentiasa melihat keadaan dan ia sedar bila perubahan itu perlu.

Scurry adalah seekor tikus yang pantas bertindak. Bila perubahan itu perlu, dia akan terus bertindak dengan pantas.

Hem pulak adalah seorang kenit yang tak mahu berubah. Dia menyalahkan semua orang jika berlaku sesuatu yang tak kena dalam hidupnya. Bila kejunya habis, dia menyalahkan ada orang yang memindahkan kejunya ke tempat lain. Dia rasa terainiya tapi tidak berbuat apa2.

Haw jugak adalah orang kenit macam Hem. Tapi Haw akhirnya sedar yang dia kena berubah untuk terus maju dalam hidup.

Buku ni memang simple tapi bermanfaat. Apa yang paling saya suka quote dalam buku ni ialah bila Haw bertanya pada diri dia sendiri

“What would you do if you weren’t afraid?”

Jika anda buang rasa takut anda, apa yang anda akan buat dalam hidup anda. Quote tu tu buat saya berfikir bertapa tebalnya mental block dalam hidup saya ni yang menghalang saya buat apa yang saya betul2 nk buat.

Okeh..itu saja untuk ulasan buku best kali ni. Buku ni saya beli kat MPH dengan harga RM29.90. Selamat membaca.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails