Majlis ini telah diadakan di Desa Inn Hotel,Kuala Pilah . Simboliknya majlis ini ianya bukan sahaja diraikan oleh kesemua warga SK Nuri yang terdiri daripada guru-guru,kakitangan sokongan, pekerja-pekerja swasta dan pengawal keselamatan,bahkan turut diraikan oleh wakil-wakil AJK PIBG dan pegawai-pegawai dari PPD Kuala Pilah turut hadir ke majilis ini.
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang berkesempatan hadir khasnya kepada Tn Hj Mohd Kadzri iaitu GB baru SK Nuri yang sebenarnya sedang bercuti , Tn Hj Mat Rohani B. Kamar yang merupakan Pengarah Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah dan Tn Hj Zawawi B Hassan yang juga merupakan pegawai PP Kuala Pilah untuk meraikan Pn Azizah Ab Manan dan En Mohd Nasir yang telah banyak menabur jasa kepada SK Nuri... Semoga hubungan kita tidak terhenti setakat di sini sahaja dan semoga kita akan dapat berkongsi ilmu dan pengalaman pada masa akan datang.
Berikut ialah gambar-gambar sekitar majlis tersebut........
Majlis pasti kurang diberkati tanpa bacaan doa...Uztaz Mohd Rosdi pembaca doa
Tn Hj Mat Rohani B Kamar turut berkesempatan berucap di majlis ini.
Tn Hj Mohd Kadzri Hj Ibrahim turut berucap dalam majlis ini.
Ucapan dari wakil guru iaitu Cikgu Kamal yang merupakan GPK HEM...ada bakatterpendam rupanya
Ucapan amanat perpisahan daripada Pn Azizah Ab Manan
Kata-kata ucapan perpisahan daripada Cikgu Mohd Nasir
Tanda hati dari YDP PIBG untuk Pn Azizah
Cenderahati daripada YDP PIBG En Shaharudin untuk Cikgu Mohd Nasir
Guru-guru mengambil kesempatan bergambar dengan Pn Azizah
Pengerusi Kelab Guru iaitu Pn Suriyati sedang bergambar dengan Pn Azizah
Pn Noraini guru wakil Kelab Doktor Muda bergambar bersama Pn Azizah
Tanda hati dari wakil guru Pra sekolah iaitu Pn Hartina untuk Pn Azizah
Tanda hati dari wakil pekerja swasta iaitu En Ujang untuk Pn Azizah
Tanda hati dari pengusaha kantin sekolah iaitu En Ishak untuk Pn Azizah
Tanda hati dari wakil kakitangan sokongan iaitu Pn Maslina untuk Pn Azizah
Penulis blog ini juga tidak ketinggalan merakamkan gambar kenangan bersamaPn Azizah....terima kasih cikgu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan