Semalam telah bermulalah agenda yang paling penting dalam diari bulan yang bernama Ramadhan. Agenda tersebut ialah 'menziarahi' bazaar Ramadhan tidak kira di mana jua,dekat mahupun jauh dari kediaman kita pasti kita akan mencari peluang untuk 'menziarah
i' tempat ini.Pelbagai juadah dijual di sini,kalau diikutkan hati mahu semua juadah
tersebut hendak dibelikan. Betul tak? Walaubagaimanapun....dalam masa yang sama kita mestilah bijak mengawal kehendak hati.Agar tiada pembaziran makanan yang tidak mampu dimakan dan sekaligus pembaziran wang berlaku.Jadi...renungkan 'muslihat' dan hikmah yang tersirat di sebalik kewujudan bazaar Ramadhan.
Jangan lupa gunakan 'penutup mulut' jika perlu semasa anda 'menziarahi' bazaar Ramadhan ini. Kebersihan tetap menjadi keutamaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan