SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Ahad, Julai 28, 2013

MAJLIS PERPISAHAN PN KAMARIAH BT HARUN - GURU BESAR SK NURI

Tanggal 26 Julai 2013 merupakan tarikh akhir Pn Kamariah Bt Harun Guru Besar SK Nuri berkhidmat di SK Nuri dan akan mula bertugas di SK Tunku Khurshiah Kuala Pilah mulai minggu depan. Beliau mula datang menabur bakti di SK Nuri bermula Mei 2011 selepas mantan Guru Besar Tn Hj Mohd Kadzri B Ibrahim.

Dalam masa yang singkat ini terlalu banyak sumbang bakti & idea yang telah Cikgu Kamariah berikan pada admin khasnya dalam pengurusan Pusat Sumber yang cemerlang.

Kehilangan beliau amat dirasai oleh pengurusan PSS kerana beliau merupakan tulang belakang kejayaan & kelancaran setiap aktiviti & program yang admin rancangkan. Malah banyak juga program Pusat Sumber yang merupakan suntikan idea daripada beliau sendiri.

Terima kasih Cikgu Kamariah Bt Harun....kami sayang cikgu!Jom lihat lebih banyak gambar kenangan sempena majlis ini di facebook PSS SK Nuri

 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails