SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Jumaat, Mac 08, 2013

PROGRAM PANITIA SAINS MINGGU INI : RESENSI BUKU

                                                                PROGRAM PENGISIAN RESENSI BUKU
Tarikh : 07 Mac 2013
Hari :Khamis
Masa : 7.30 hingga 7.45 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Panitia : Sains
Guru Pelaksana : Pn Nor Hayati Bt Abdul Wahab
Sumber : Buku 'How Big Is It'- Sumbangan Scholastic melalui Program Read 2011
Pengisian :
1. Guru memberikan info fakta Sains tentang 'Haiwan - haiwan Yang Terbesar Di Dunia'
2. Murid - murid yang sukarela membina soalan berdasarkan info yang didengar daripada guru bertugas.
3.  Murid kemukakan soalan kepada murid lain yang ingin cuba menjawab
4. Murid yang dipilih memberi jawapan yang tepat.
 Guru menunjukkan info fakta 'Haiwan terbesar' yang diperolehi daripada buku 'How Big Is It'


 Murid memilih murid lain untuk menjawab soalan yang mereka bina



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails