SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Isnin, Februari 25, 2013

KUNJUNGAN PKG LUI KE PSS SK NURI DALAM PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

Tarikh : 25 Februari 2013
Hari : Isnin
Masa : 2.30 petang
Lokasi : Bilik - bilik khas di bawah pengurusan Pusat Sumber SK Nuri dan Prasekolah
Anjuran : PKG Lui yang diketuai oleh Pn Hairiza Shima.
Pengisian : Perkongsian Pintar berkaitan Pengurusan PSS SK Nuri.
 Taklimat Pn Kamariah Bt Harun di awal pagi kepada semua guru - guru SK Nuri berkaitan Lawatan Penanda Aras daripada PKG Lui ke SK Nuri
 Barisan Pengetua, Guru Besar dan Guru-guru GPM , Pegawai - pegawai serta  Juruteknik daripada PKG Lui
 GPM SK Nuri menunjukkan koleksi Almanak hasil kerja murid kepada Pn Hairiza Shima dan rakan -rakan daripada PKG Lui.



Sesi lawatan ke Galeri Sejarah SK Nuri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails