SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Khamis, November 22, 2012

DASAR PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)



Satu perkongsian info yang admin perolehi dari Portal Sumber Pendidikan berkenaan  Dasar Pengurusan PSS yang ditulis oleh Pn. Fadzliaton Zainudin

Kansas City Public Library - unik kan rekabentuk perpustakaan ini.
PENGENALAN

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembangunan Pusat Sumber Sekolah.  Pusat Sumber Sekolah merupakan pusat mengakses maklumat mengandungi pelbagai sumber bahan cetak, bukan cetak, dan digital yang diurus secara sistematik bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengurusan Pusat Sumber Sekolah merangkumi  elemen perolehan dan pemerosesan bahan, perkhidmatan, pengesanan dan pendokumentasian sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.

PERNYATAAN DASAR

Dasar Pengurusan Pusat Sumber Sekolah diwujudkan untuk memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi yang menepati piawaian dan terkini, diurus dengan cekap dan berkesan, dan digunakan secara optimum bagi meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

STRATEGI PELAKSANAAN

  1. Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan fizikal dan infrastruktur yang  sesuai dan memenuhi fungsi dan peranannya.
  2. Memastikan Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan yang menepati piawai dan terkini.
  3. Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan dengan cekap dan berkesan sesuai dengan kemajuan teknologi maklumat masa kini.
  4. Memastikan Pusat Sumber Sekolah diuruskan oleh Guru Perpustakaan dan Media yang menepati syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan dalam pekeliling semasa.
  5. Memastikan  Pusat Sumber Sekolah sentiasa meningkatkan usaha untuk melaksanakan aktiviti penggalakan membaca dan literasi maklumat dalam meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails