SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Rabu, Oktober 31, 2012

SOALAN 'CEPUMAS' PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2012

Perkongsian ini admin jelmakan berdasarkan pengalaman adik Aimi Raudah Bt Aziman yang merupakan wakil sekolah dan wakil daerah Kuala Pilah ke peringkat Negeri Sembilan untuk Pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sembilan bagi kategori Sekolah Rendah Luar Bandar yang telah berlangsung pada 22 dan 23 Oktober 2012 yang lalu.

Adik Aimi Raudah bersama admin

Berikut adalah di antara soalan yang ditanya oleh hakim semasa sesi temuduga Penilaian Individu :-
1. Pengenalan diri dalam Bahasa Inggeris
2. Bagaimana menjaga buku?
3. Adakah terdapat mini perpustakaan di rumah?
4. Di mana bahagian tulang buku?
5. Bila Bulan Membaca?
6. Apakah glosari?
7. Apakah indeks?
8. Apakah perbezaan biografi dan bibliografi?

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails