SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Jumaat, Oktober 26, 2012

SALAM AIDIL ADHA BUAT PARA GPM. JOM FAHAMI KONSEP PENGORBANAN YANG SEBENAR


Salam Aidil Adha...ada juga yang menyebut Selamat Hari Raya Haji dan ada juga yang mengelarkannya Selamat Hari Raya Korban dan pelbagai lagi.

Apapun jua ucapan tersebut membawa pengertian yang sama, Yang penting kita menghayati kisah yang tersirat di sebalik sambutan perayaan ini.

Dan jangan lupa kita fahami dan amalkan konsep 'pengorbanan' yang sebenar dalam kita menjalankan tugas dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di mukabumi ini.


Admin pasti ramai yang setuju jika admin katakan jawatan GPM di sekolah amat menuntut kita menyelami, memahami dan melaksanakan konsep 'pengorbanan' dalam menyandang tugas sebagai GPM . Tatkala berdepan dengan pelbagai ragam dan kerenah daripada pihak pentadbir , rakan - rakan setugas , murid - murid dan siapa saja yang ada kena -mengena dengan urusan kita walaupun mereka berada bukan dalam lingkungan tempat kita berkerja. Jangan mudah putus asa dan bersangka buruk pada orang lain apatah lagi pada takdir Allah terhadap kita. Yakin dan redhalah dengan pelantikan jawatan ini kepada kita. Mungkin dengan cara ini Allah ingin memberi kita rahmat-Nya atau mengampuni dosa-dosa kita.

Admin amat bersyukur sejak mula menyandang jawatan GPM ini hinggalah ke hari ini, admin selalu mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua warga sekolah dan pegawai-pegawai PKG serta BTPNNS. Memang tidak dinafikan adakalanya terguris jua hati ini tapi adatlah sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula sama-sama berusaha untuk mencapai sesuatu kejayaan yang cemerlang dan gemilang. Yang pahit itulah dijadikan pembakar semangat dan idea untuk memperbaiki diri lebih baik dalam perjuangan untuk berbakti pada nusa dan bangsa dan Islam dalam mencari keredhaan Allah dunia akhirat.

Insyallah....semoga semua GPM akan selalu dipermudahkan urusan dan dirahmati Allah serta segala tanggungjawab yang kita lakukan di sekolah diberkati-Nya....amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails