SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Selasa, Oktober 23, 2012

HAMPER RM100: GANJARAN KELAS TERBANYAK MENYUMBANG BUKU SEMPENA KEM MEMBACA 1MALAYSIA : READ SCHOLASTIC 2012 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN NURI

UNIT NILAM / PSS SK NURI
Jom rebut peluang untuk dapatkan hamper bernilai RM100!

Hamper RM100 ini merupakan ganjaran untuk Pertandingan Kelas Terbanyak Menyumbang Buku yang Pusat Sumebr SK Nuri anjurkan sempena Kem Membaca 1 Malaysia : Read Scholastic 2012 peringkat sekolah.

Berikut tentatif  Kem Membaca 1 Malaysia : Read Scholastic 2012 peringkat Sekolah Kebangsaan Nuri.

9.00 pagi : Murid berkumpul di dewan Pentas Sri Nuri
9.29 pagi : Countdown 9.30 pagi
9.30 pagi : Gong dipukul oleh Guru Besar SK Nuri simbolik aktiviti membaca dimulakan
10.01 pagi: Wisel ditiup oleh YDP PIBG SK Nuri simbolik tamat aktiviti membaca
10.05 pagi : Menyanyi bersama -sama lagu Membaca Gaya Wawasan dengan pimpinan Pn Dahlia - guru muzik

Penglibatan :
1. Semua murid
2. Semua AJK PIBG SK Nuri
3. Semua guru
4. Semua staf sekolah
5. Semua pekerja swasta sekolah
6. Semua pekerja kantin sekolah

Semoga semuanya berjalan lancar dan menyeronokkan !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails