SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Selasa, Januari 17, 2012

Mesyuarat JK Panitia Sains 1/2012

Tarikh : 17 Januari 2012
Hari : Selasa
Masa : 1.20 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Nuri

Pn Norlinda Bt Othman - Ketua Panitia Sains SK Nuri

Mesyuarat JK Panitia Sains 1/2012 yang dipengerusikan oleh Pn Norlinda Othman selaku Ketua Panitia dan Pn Kamariah Harun selaku Penasihat baru saja selesai. Secara tidak langsung GPM SKN juga merupakan salah seorang daripada AJK panitia ini. Agenda PSS dalam mesyuarat ini :
1. AJK Panitia terus mempertingkatkan menggunakan dan meminjam peralatan p&p di Unit BBM.
2. Berharap Panitia Sains dapat menyediakan satu powerpoint p&p untuk tujuan penambahan koleksi CD p&p di Bilik Tayang.
3.Berharap Panitia Sains akan bersama merancang aktiviti Sains sempena Bulan PSS pada April nanti.
4. Berharap Panitia Sains akan memberi satu salinan Minit Mesyuarat, Perancangan Strategik dan Kertas Kerja program-program di bawah Panitia Sains jika ada kepada GPM SKN sama ada dalam bentuk 'softcopy' atau 'hardcopy' bagi tujuan pendokumentasian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails