SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Sabtu, November 19, 2011

TAHNIAH! Kepada semua warga SK Nuri - UPSR 2011

Tarikh : 17 November 2011
Pencapaian : 5 pelajar mendapat 5A
Tahniah kepada semua pelajar, semua guru, semua ibu bapa dan penjaga serta pekerja-pekerja SK Nuri yang sentiasa memberi sokongan dan sumbangan dalam bentuk material , idea ataupun tenaga kepada semua program sekolah.



Tahniah ! Pelajar - pelajar yang mendapat 5 A - Nur Hafizah, Nur Aiman Syafiqah,
Nurul Husna, Iqbal Ayman dan Ikhmal Fahmi


Barisan pelajar -pelajar yang mendapat 4A 1 B : Afiq Ruzaini, Izdhihar Iqmal, Muhd Nabil, Faizari, Muhd Hafiz, Nur Hani Syamimi, Nur Ain Habshah dan Nurul Syahirah

Tahniah semua : Pelajar-pelajar yang mendapat 5A dan 4A 1B dalam UPSR 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails