Tarikh : 12 Oktober 2011
Hari : Rabu
Tempat : SK Nuri
Objektif : Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia [World Children's Day] yang diadakan saban tahun adalah untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada generasi kanak-kanak. Sambutan ini diharap dapat memberi kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab kerajaan dan masyarakat untuk memelihara hak dan masa depan kanak-kanak.

kami juga anak dunia
punya hak untuk merasa
aman bahagia juga sejahtera
walau pun kami terlewat tiba
pusaka kami bebas dirompak
kalian kamu buta tak nampak
warisan kami musnah dilanyak
bukankah kami semuanya layak
kami hadir ke dunia ini
bersama tiket milik sendiri
kami membawa budi pekerti
bukan meminta mohon simpati
Namun, dalam kemeriahan acara dan keseronokan memberi hadiah sama ada sedar atau tidak, terdapat banyak pihak sebenarnya sedang menghancur dan memusnahkan hak kanak-kanak ini tanpa kawalan. Pastinya kita tidak mahu menjadi seperti Jepun yang terpaksa meninggalkan radiasi nuklear kepada anak-anak mereka yang bakal lahir nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan