SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Rabu, Jun 08, 2011

HARI LAUTAN SEDUNIA


Hari Lautan Sedunia bermula pada 8 Jun, 1992 semasa Kemuncak Bumi -(Earth Summit) di Rio de Janeiro, Brazil. Namun, ini bukan suatu hari cuti sekular yang diiktiraf secara rasmi oleh PBB untuk masa kini.

Hari Lautan Sedunia merupakan peluang setiap tahun bagi menghormati lautan dan hasil yang didapati darinya, seperti makanan laut, juga haiwan laut yang dibela dalam akuarium dan sebagai haiwan belaan. Lautan turut menjadi laluan laut bagi perdagangan antara bangsa. Pencemaran sejagat dan terlebih guna ikan telah menyebabkan pengurangan mengejut kebanyakan spesies hidupan laut.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Lautan_Sedunia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails