SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Isnin, Februari 28, 2011

DISKRIPSI TUGAS-TUGAS AHLI JAWATANKUASA PSS


Ahli jawatankuasa merupakan jentera terpenting dalam Pusat Sumber Sekolah. Oleh itu peranannya juga merupakan suatu yang mesti disusun dan dirancang dengan baik dan rapi.

1. PENGERUSI/

PENGETUA

1. Sebagai penasihat dalam pentadbiran PSS. Memastikan PSS berjalan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri(BTPN ).

2. Membantu serta menasihat perancangan, pelaksanaan program-program untuk mendapatkan alat atau media serta lain-lain kemudahan bagi memenuhi keperluan pendidikan yang kian mencabar.

3. Membentuk satu dasar yang praktikal bersama pengerusi-pengerusi perkhidmatan media di sekolah dan menyelaraskan kegiatan ini dengan PSS yang lain dalam daerah yang sama dengan kerjasama dan bantuan PSS.

4. Mengadakan perbincangan dengan pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan, Pegawai- pegawai PPD, Pegawai PKG, Pegawai Kurikulum Negeri, Pegawai Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Pegawai Penyelaras Pusat Kegiatan Guru mengenai Program Media di sekolah.

5. Menasihatkan dan membantu mengurus perbelanjaan tahunan dan jangka panjang dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa PSS.

6. Memberi pandangan serta membuat penilaian yang berterusan terhadap kegiatan-kegiatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

7. Menyediakan kemudahan-kemudahan membaiki dan mengendalikan alatan pengajaran.

8. Menyebarkan konsep-konsep PSS kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan masyarakat tempatan.

2. NAIB PENGERUSI/

GPK1

1. Sebagai ketua pentadbiran PSS.

2. Memastikan PSS berjalan dengan berkesan untuk mencapai objektif PSS.

3. Membentuk satu dasar praktikal bersama penasihat mengenai perkhidmatan media di sekolah dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan ini dengan kerjasama dan bantuan Guru Perpustakaan dan Media.

4. Menyelaraskan kursus dalam perkhidmatan bagi guru-guru yang berminat dan memerlukannya.

5. Merancang untuk mendapatkan bantuan derma dari pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material seperti wang tunai, buku-buku dan bahan-bahan APD serta kepakaran tertentu.

6. Merancang untuk mewujudkan Pusat Sumber dan merangka peranannya, kepentingannya dan strategi perkembangannya.

7. Merancang perbelanjaan tahunan dan program jangka panjang dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa PSS.

8. Membuat penilaian yang berterusan terhadap kegiatan-kegiatan pengajaran dan pembelajaran.

9. Melahirkan satu suasana yang boleh menggalakkan guru-guru dan pelajar-pelajar menggunakan PSS dengan sepenuhnya demi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

3. GURU

PENYELARAS PSS

1. Merancang dan mengajar matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.

2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sunber Sekolah bersama-sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan pelajar sekolah.

3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum Sekolah.

4. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.

5. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

6. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.

7. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.

8. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.

9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.

10. Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri/PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.

11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.

12. Menyedia dan mengedar minit mensyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber Sekolah.

13. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.

14. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.

15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/Pusat sumber Sekolah Negeri.

16. Menjalankan penyelidikan /kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.

17. Menyediakan laporan serta analisa pelaksanaan pembangunan, pengurusan program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.

18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya laporan Pusat Sumber Sekolah kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.

19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa.

20. Menjadi guru penasihat Persatuan/ Kelab PSS dan memantau pelaksanaan aktiviti rutin dan khas.

4. KETUA-KETUA

PANITIA

1. Pemusatan bahan BBM jenis buku dan bukan buku setiap Panitia dikemaskini mengikut nombor perolehan.

2. Mengemaskinikan buku stok BBM masing-masing dengan bantuan ahli-ahli panitia.

3. Merancang program/aktiviti yang dapat meningkatkan pengetahuan dan pencapaian pelajar.

4. Membuat saranan tentang jenis kursus dalaman/bengkel yang perlu diadakan.

5. Menilai tentang keberkesanan alat/bahan yang dibeli atau dihasilkan.

6. Meneliti dan mendapatkan alat/bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk guru dan pelajar.

7. Mengorganisasikan bahan-bahan BBM mengikut panitia masing-masing.( Isi slip kerja bahan baru beli) dan minta nombor perolehan dari Guru Perpustakaan &Media untuk daftar stok baru dalam PSS.

8. Memastikan bilangan koleksi BBM setiap panitia sentiasa meningkat. Bersama-sama ahli panitia membina BBM bukan cetak. (minimum setiap guru perlu bina 6 BBM setahun)

9. Fail-fail inventori setiap ketua Panitia perlu disimpan di bilik PSS dan bilik-bilik khas masing-masing. (contoh makmal sains dan bilik bahasa ketiga)

10. Menyimpan rekod kadar guna BBM ahli panitia seperti audio visual dan bukan audio visual dan menyerahkan data penggunaannya kepada pejabat sekolah untuk dianalisa oleh unit BBM pada setiap hujung bulan. ( Borang Rekod Guna BBM)

11. Mempromosikan bahan BBM kepada semua ahli panitia supaya dapat mengoptimumkan penggunaannya.

12. Membuat kajian tindakan tentang penggunaan BBM ahli Panitia dan hantar laporan kepada Ketua Bidang untuk tindakan susulan.

5. GURU

PERPUSTAKAAN

1. Mengurus pentadbiran, pembelian dan penggunaan perpustakaan.

2. Merancang dan menyediakan peruntukan tahunan bagi membiayai perkhidmatan-perkhidmatan yang telah dan akan dijalankan.

3. Bertanggungjawab memilih dan mendapatkan bahan-bahan bercetak untuk kegunaan guru dan pelajar.(Buku dan majalah)

4. Menggalakkan pinjaman bahan cetak yang terdapat di sekolah.

5. Mengkatalog dan mengklasifikasikan bahan cetak yang terdapat di sekolah.

6. Merancang aktiviti tahunan perpustakaan.

7. Menyediakan jadual pinjaman dan penggunaan perpustakaan.

8. Menguruskan bahan buku :

i. Pengelasan

ii. Pengrekodan buku stok

iii. Rekod penggunaan

iv. Pengautomasian

v. Pinjaman dan baik pulih buku

9. Membuat bancian dan penilaian pinjaman setiap bulan.

10. Melantik pengawas perpustakaan/ pengawas PSS.

11. Menyelia dan melatih pengawas PSS menjalankan mesyuarat dan aktiviti PSS sepanjang tahun.

12. Menyediakan Carta Organisasi Jawatankuasa Perpustakaan.

13. Membuat fail tegak keratan akhbar, penjilidan majalah dan buletin.

14. Menjalankan kerja menyemak, baik pulih dan semakan stok perpustakaan.

15. Membuat kertas kerja bagi setiap program yang dijalankan.

16. Membuat pelaporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

17. Membuat kajian tindakan tentang penggunaan perpustakaan dan hantar laporan kepada pengetua untuk tindakan susulan.

6. GURU BILIK

6.1 KOMPUTER/

6.2 SALC/

6.3 PUSAT AKSES/

6.4 TAYANGAN

1. Membuat peraturan penggunaan bilik.

2. Membuat brosur untuk promosi bilik dan edarkan kepada semua guru dan bilik darjah.

3. Menyediakan buku rekod penggunaan bilik

4. Membantu unit kurikulum di sekolah dari segi rekod penggunaan bahan media dalam pengajaran dan pembelajaran

5. Membuat carta organisasi jawatankuasa bilik dan dipamerkan.

6. Menyediakan dan menguruskan jadual penggunaan bilik, termasuk tempahan penggunaan bilik.

7. Memproses bahan dan rekod inventori bilik masing-masing. Mengkatalog dan mengklasifikasikan BBM dan inventori mengikut sistem DDC.

8. Menyebarkan nota guru untuk rancangan Radio dan TV Pendidikan *

9. Membuat rakam salin rancangan-rancangan Radio dan TV Pendidikan.*

10. Membuat kertas kerja bagi setiap program yang dijalankan.

11. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.

12. Membuat pelaporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

13. Sentiasa memantau bilik supaya dapat memenuhi kriteria kriteria pertandingan bilik-bilik sumber di peringkat kebangsaan.

7. GURU

BAHAN BANTU

MENGAJAR

( BBM)


1. Membuat peraturan penggunaan bilik dan brosur untuk promosi BBM kepada semua guru.

2. Menguruskan proses pinjaman dan pemulangan BBM.

3. Memproses bahan, mengelas katalog dan rekod inventori dan memastikan BBM disusunkan dengan teratur dan sistematik. (user friendly ).

4. Menyediakan Carta Organisasi AJK kerja dan ianya dipamerkan dengan cara menarik di bilik BBM.

5. Merancang aktiviti tahunan Unit BBM dan pamerkan carta Gantt di Bilik BBM. Membuat kertas kerja bagi setiap program yang dijalankan. ( Pertandingan Pembinaan BBM tahunan.

6. Menggalakkan guru-guru dalam menghasilkan BBM yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Menjadi pengerusi pertandingan BBM peringkat sekolah setiap tahun atau sempena Bulan PSS.

7. Menyediakan borang-borang rekod penggunaan BBM kepada semua panitia dan guru-guru pada awal tahun. Mengumpul dan membuat analisa penggunaan bahan BBM pada setiap hujung bulan. Keputusan analisa penggunaan BBM perlu difailkan untuk semakan pihak pengurusan, pihak PKG dan BTPN.

8. Menyenaraikan bahan-bahan BBM dan lokasi serta membuat edaran kepada semua guru ( Brosur BBM)

9. Berbincang dengan ketua-ketua Panitia Matapelajaran mengenai jenis dan bentuk BBM yang akan ditambah atau dibeli dalam tahun semasa.

10. Memastikan BBM berada dalam keadaan baik. Berusaha menjalankan kerja-kerja pemulihan bahan BBM yang rosak.

11. Menyemak stok BBM pada hujung tahun bersama dengan pengawas PSS.

8. GURU NILAM

1. Memahami dasar-dasar dan matlamat Program

NILAM.

2. Menubuhkan satu jawatankuasa khas NILAM dan

merancang aktiviti tahunan Program NILAM.

3. Memberi taklimat kepada guru dan pelajar

mengenai Program NILAM.

4. Memastikan semua pelajar-pelajar mempunyai buku NILAM dan setiap kelas ada sudut NILAM.

5. Mengenalpasti masalah, kelemahan dan kekuatan program dan mengambil tindakan susulan.

6. Mengumpul data NILAM dan membuat analisa setiap bulan bersama dengan pengawas PSS kelas masing-masing.

7. Menghantar laporan berkala Data NILAM kepada guru perpustakaan dan media selepas pengesahan dari pengetua dan GPK 1 untuk dihantar kepada PKG dan BTPN.

8. Membincang dengan Ketua Bidang Bahasa untuk mengadakan Panel Pemilihan Calon Tokoh NILAM sekolah pada tahun semasa.( September-Oktober)

9. Memberi sijil/membuat majlis penyampaian hadiah Program NILAM.

9. PENYELARAS BULETIN PSS

1. Menyediakan Buletin PSS sebanyak 3 kali setahun

Mac, Mei dan Jun(minimum) dengan

menghebahkan berita perkembangan sekolah dan

PSS.

2. Mengedarkan bahan Buletin ke bilik – bilik khas dan

kelas – kelas sebagai salah satu bahan promosi

PSS.

3. Menjadikan Buletin sebagai salah satu sumber

untuk menambah dana PSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails