Assalamualaikum w.b.t…
Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM.
Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya.
Sekian, wassalam .
Rabu, Januari 12, 2011
SELAMAT HARI LAHIR CIKGU - 12 JANUARI
CIKGU HARTINA AB RAHMAN : GURU PRA SEKOLAH
Selamat Hari Lahir Cikgu...semoga cikgu panjang usia, murah rezeki, bertambah keyakinan & motivasi untuk terus mengajar anak- anak diri dan hidup cikgu dilimpahi rahmat Allah...amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan