SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Sabtu, November 06, 2010

SEJARAH KEJAYAAN PUSAT SUMBER SK NURI

Sekolah Kebangsaan Nuri merupakan sebuah sekolah yang telah mula melakar sejarah kecemerlangannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Segalanya bermula hasil daripada kerjasama dan kesepaduan semua warganya dan peranan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang berkesan. Ini bertepatan dengan prinsip PSS yang merupakan tunjang dan nadi sesebuah sekolah.

PSS SK Nuri telah mula melakar sejarah kecemerlangannya pada awal tahun 2000, di mana pada tahun tersebut PSS SK Nuri telah mendapat tempat Ketiga bagi Anugerah Penghasilan KBKK dan BBM dalam P&P Sekolah - sekolah Negeri Sembilan bagi kategori sekolah rendah. Pada tahun 2001 dan 2002 pula, PSS SK Nuri telah mendapat Naib Johan bagi Anugerah Penghasilan KBKK dan BBM dalam P&P Sekolah - sekolah Negeri Sembilan bagi kategori sekolah rendah. Seterusnya pada tahun 2003, PSS SK Nuri telah melonjak pencapaian kecemerlangannya bagi pertandingan Anugerah Penghasilan KBKK dan BBM dalam P&P Sekolah - sekolah Negeri Sembilan bagi kategori sekolah rendah dengan mendapat tempat Johan bagi pertandingan tersebut. Kesemua pertandingan tersebut merupakan anjuran Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sembilan.

Di dalam bidang pengurusan PSS pula, PSS SK Nuri telah meraih tempat Naib Johan dalam Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang bagi kategori sekolah luar Bandar pada tahun 2006. Kemudiannya, PSS SK Nuri ini telah menapak setapak lagi ke arah kecemerlangannya apabila telah dinobatkan sebagai Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Negeri Sembilan 2009 oleh BTPN Negeri Sembilan. Justeru dengan kejayaan tersebut, maka PSS SK Nuri akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan pada tahun 2010 ini.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails