Pada minggu ini giliran Cikgu Noor Aini Manaf bertugas untuk menjalankan aktiviti Laluan Iqra' bagi Panitia Bahasa Melayu.
Beliau telah dibantu oleh adik Allya Sarah dari 2B untuk memperkenalkan SIMPULAN BAHASA melalui ceritanya.
Sambutan bagi program ini amat menggalakkan.

Adik Allya Sarah sedang menyampaikan ceritanya yang mengandungi beberapa simpulan bahasa.

Haa...Siti Sarah...apa maksud simpulan bahasa berat tulang?

"Hidung tinggi maksudnya sombong ,cikgu." jawab adik Farah.

Baiklah tidak dapat jawab tidak mengapa...Adik Shahrul lain kali cuba lagi ya...yang penting berani mencuba .

Ini dia Cikgu Noor Aini yang merupakan Cikgu BM veteran yang banyak pengalaman.
Tahniah kepada Panitia Bahasa Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan