SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Rabu, Mac 03, 2010

MTAQ SARINGAN

Pada petang ini telah berlangsung beberapa pertandingan bagi peringkat saringan untuk MTAQ sekolah - sekolah rendah daerah Kuala Pilah di SK Rembang Panas.
SK Nuri tidak ketinggalan menghantar peserta - peserta bagi mewakili sekolah ke pertandingan tersebut. Sekiranya peerta - peserta ini berjaya mereka akan ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 06 Mac ini .

Perserta - peserta pelajar perempuan.

Ainul Tasnim mengambil bahagian Tilawah Al Quran.
Nurul Arifah mengambil bahagian dalam bercerita yang bertajuk Habil dan Qabil.
Nurul Husna mengambil bahagian dalam hafazan.
Barisan pelajar lelaki.
Mohd Haziq mengambil bahagian Tilawah Al Quran.
Muhammad Syakir mengambil bahagian bercerita yang bertajuk Tholut dan Jolut.
Muhammad Ridhwan mengambil bahagian hafazan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails