SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Khamis, November 19, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 89: PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA MATEMATIK

PEMBINAAN PELAN STRATEGIK

BIDANG/UNIT: MATEMATIK

VISI

MENJADIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN NURI UNGGUL PADA TAHUN 2011

MISI

MISI 1: MEMASTIKAN KECEMERLANGAN MATEMATIK DARI TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6

MISI 2: BERUSAHA MENINGKATKAN KECEMERLANG- AN MATEMATIK DI DALAM UPSR

MISI 3: BERUSAHA MENCAPAI 100% LULUS DI DALAM MATEMATIK UPSR

MISI 4: BERUSAHA MENINGKATKAN KUALITI DAN KUANTITI GURU DAN MURID MENGUASAI P & P DI DALAM MATEMATIK

ISU STRATEGIK

Pencapaian dan penguasaan matematik di dalam UPSR 100% lulus

MATLAMAT STRATEGIK

1. Meningkatkan prestasi pencapaian UPSR dari segi

kualiti 40% & kuantiti 100%

2. Memastikan semua murid menguasai konsep asas matematik.

3. Sekurang-kurangnya 90% murid tahun 1 hingga tahun 5 lulus minimum C di dalam setiap ujian dan peperiksaan

INDIKATOR PRESTASI ATAU Faktor Kritikal Kejayaan CSF)

1. 40% pencapaian A dan 100% lulus minimum C bagi UPSR.

2. Memastikan 90% murid dari tahun 1 hingga tahun 5 lulus .

3. 100% murid menguasai konsep matematik

OBJEKTIF

1. Meningkatkan pencapaian A Matematik kepada 40% dan lulus Minimum C 100% pada tahun 2009.

2. Menguasai operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi

3. Menguasai kemahiran menulis angka, membilang dan menyatakan nilai tempat dan nilai digit dengan betul

4. Dapat menjawab soalan mudah secara sepontan

STRATEGI

Sentiasa menghafal dan membawa kad sifir

Aktiviti congak 5 minit sebelum P&P.

Menggalakkan penggunaan kamus ketika menjawab soalan selesaikan masalah

Banyakkan latihan pemeriksaan buku tulis atau tunjukcara ketika menjawab soalan secara individu di dalam kelas

Penggunaan BBM yang sesuai dan mempamerkan di sudut matematik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails