SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Rabu, November 18, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 83 : APA ITU PROJEK SCHOOLNET?

PROJEK SCHOOLNET

PENGENALAN PROJEK SCHOOLNET

Projek SchoolNet melibatkan penyediaan capaian Internet jalur lebar untuk 10,000 buah sekolah di seluruh negara.

Prasarana SchoolNet menyediakan kemudahan belajar tanpa sempadan yang melangkaui bilik darjah biasa.

MENGAPA SCHOOLNET DIWUJUDKAN?

Menyediakan infrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari di semua sekolah-sekolah di Malaysia.

Merapatkan jurang digital di antara pelajar-pelajar sekolah di bandar dan luar bandar.

Memoden dan mempertingkat keberkesanan sistem pendidikan negara.

Mewujudkan suasana pendidikan interaktif

WAWASAN SCHOOLNET

Mewujudkan masyarakat berilmu bagi merealisasikan k-ekonomi.

Mewujudkan masyarakat yang celik IT.


Membentuk tenaga kerja mahir sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.

TANGGUNGJAWAB MENJALANKAN PROJEK SCHOOLNET

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).


BAGAIMANA PROJEK SCHOOLNET DIBANGUNKAN?

Bagi mempastikan kesemua 10,000 buah sekolah di Malaysia menikmati Projek SchoolNet dengan kelajuan 1Mbps “downlink” dan 128Kbps “uplink”, tiga (3) jenis teknologi digunakan:-

Talian Langganan Digital Asimetrik (ADSL) iaitu teknologi memancarkan maklumat digital dengan menggunakan talian telefon (copper) untuk kawasan Bandar.

Wayarles iaitu teknologi memancarkan isyarat digital melalui gelombang udara untuk kawasan terpencil.

Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT) iaitu teknologi pemancaran dan penerimaan isyarat digital melalui satelit dan stesen bumi untuk kawasan luar Bandar.

TROUBLE SHOOTING PROJEK SCHOOLNET

Sebarang laporan kerosakan oleh pihak sekolah mengenai Projek SchoolNet hendaklah dirujuk kepada Pusat Panggilan berikut :-

Telefon : 1-300-88-2888

emel : schoolnet@moe.gov.my

Help Desk : En. Saiful Rizal - 0135309730

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails