SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Selasa, November 17, 2009

Tersirat di sebalik yang tersurat 72: TIPS BAGAIMANA HENDAK JADIKAN PSS KITA PSS YANG CEMERLANG DAN BERFUNGSI


Pusat Sumber Sekolah yang berfungsi hendaklah ditadbir dan diurus secara cekap dan bersistem. Sembilan perkara berikut hendaklah diberi perhatian dan tindakan yang serius

1. PEWUJUDAN JAWATANKUASA INDUK

2. PEWUJUDAN JAWATANKUASA KERJA

Untuk memastikan agar Pusat Sumber Sekolah dapat berjalan dengan teratur dan lancar di dalam memberi perkhidmatannya, ia perlu sebuah jawatankuasa kerja yang cekap dan efisyen. Bagi menentukan bahawa Jawatankuasa Induk dan Kerja dapat beroperasi dengan berkesan maka perkara-perkara berikut perlu ada pada seseorang AJK :

1. mempunyai sikap positif dan proaktif

2. bekerja secara berpasukan.

3. komited dengan peranannya.

4. sentiasa berkerjasama pada bila-bila masa.

5. bertolak ansur antara satu dengan lain.

6. mempunyai perasaan kekitaan.

7. sedia berkorban masa, tenaga dan material.

3. PERATURAN

Pusat Sumber Sekolah harus menyediakan peraturan dan penjadualan kerja berikut

1. Dasar dan peraturan (Ditentukan oleh AJK Induk)

2. Jadual penggunaan Pusat Sumber Sekolah (AJK Kerja)

3. Jadual Peminjaman (AJK Kerja)

4. Jadual/Takwim Aktiviti penggalakan Penggunaan PSS (AJK Induk dan Kerja)

5. Jadual bertugas Pengawas Pusat Sumber Sekolah (AJK Kerja)

4. PERKHIDMATAN

Beberapa perkhidmatan hendaklah disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah antaranya :

1. Membaca

2. Rujukan

3. Peminjaman

4. Bengkel penghasilan bahan Pengajaran dan Pembelajaran

5. Rakaman

6. Reprografi (pendua/fotostat) bagi yang mempunyai kemudahan.

7. Panduan dan nasihat.

5. ASPEK FIZIKAL

1. Pusat Sumber hendaklah dibersihkan setiap masa termasuk semua ruang dan bahan yang hendak digunakan/dipinjamkan.

2. Pastikan peredaran udara dan cahaya memuaskan untuk keselesaan pengguna.

3. Pastikan pintu kecemasan di sediakan.

6. BAHAN

Bahan-bahan yang ada pada Pusat Sumber adalah seperti :
Pelbagai jenis buku :

1. Buku Fiksyen

2. buku bacaan am

3. buku rujukan am

4. buku bacaan bertanda merah

5. Akhbar

6. Majalah, risalah dan poster

7. Fail tegak /buku skrap yang memuatkan keratan akhabar, majalah dan sebagainya.

8. Perkakasan dan perisian (APD)- termasuk CD P&P multimedia dan bahan bantu belajar lain.

7. PENGURUSAN BAHAN

Bahan-bahan sumber maklumat yang disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah hendaklah diurus dengan cekap dan pastikan perkara-perkara berikut dilakukan:

1. Bahan direkod dengan lengkap, kemas dan betul dalam buku perolehan.

2. Bahan dikelas dengan betul.

3. Bahan diproses dengan sistematik dan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

4. Hendaklah menyediakan label petunjuk yang jelas.

5. Bahan disusun dengan kemas dan rapi.

6. Buat pemeriksaan stok.

8. PENGGUNAAN BAHAN PSS DALAM P & P

Bahan-bahan Pusat Sumber adalah versatile dan terpulang kepada guru untuk menggunakannya bergantung kepada kreativiti masing-masing. Beberapa contoh kaedah penggunaan bahan adalah seperti :

1. Penggabungjalinan beberapa bahan dalam sesuatu mata pelajaran

2. Pengintergrasian sebuah bahan dalam berbagai mata pelajaran. CONTOH : Sebuah carta mengenai PELANGI boleh digunakan dalam beberapa mata pelajaran iaitu Sains, Seni, Bahasa dan sebagainya.

3. Pengintergrasian sebuah bahan dalam beberapa skop sesebuah mata pelajaran. CONTOH : Sebuah carta mengenai PELANGI boleh digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan pelajar boleh mengolahnya dalam bentuk karangan, surat kiriman, sajak dan sebagainya.

4. Pelaksanaan kemahiran maklumat yang mana pelajar menggunakan pelbagai sumber rujukan di Pusat Sumber berkaitan sesuatu tajuk yang diajar termasuk kerja projek dan kerja bertopik.

5. Pelaksanaan kemahiran belajar seperti mengulangkaji, mencatat nota, panduan menjawab soalan dan sebagainya.

6. Pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

9. PENGIKLANAN / PROMOSI

Pengiklanan boleh dijalankan melalui pameran buku/bahan baru, poster, secara lisan, hari terbuka PSS dan sebagainya. Melalui pengiklanan para pengguna akan tahu apakah perkhidmatan dan juga bahan-bahan sumber maklumat yang disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah.

Aktiviti seperti sesi bercerita, melukis, persembahan boneka, lakonan, lawatan dan sebagainya boleh dilakukan sebagai promosi bagi mewujudkan suasana yang menyeronokan kepada pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails