SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Isnin, November 16, 2009

Tersirat di sebalik yang tersurat 69: MATLAMAT,VISI,MISI DAN OBJEKTIF PSS

MATLAMAT PSS SKN
Membentuk insan yang berinformasi untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat.

VISI PSS SKN
Mewujudkan PSS yang efektif , berinformasi dan berteknologi ICT menjelang 2011.


MISI PSS SKN
1. Menceriakan prasarana yang kondusif di PSS SKN.
2. Mengumpul dan menyebarkan segala maklumat kepada pelanggan sambil berusaha
menjadikan PSS bertaraf cemerlang.
3. Menyajikan koleksi khazanah informasi yang terkini dan berkualiti.
4. Mengintegrasikan PSS dengan media berteknologi tinggi.
5. Membentuk warga SKN yang berinformasi dan celik ICT.


OBJEKTIF PSS SKN
1. Menjadikan PSS sebagai ‘Nadi Sekolah’ dan nukleus bagi semua aktiviti P&P.
2. Mewujudkan kecemerlangan pendidikan di SKN melalui peningkatan P&P.
3. Pemupukan budaya suka membaca dan penggunaan sumber di kalangan guru dan pelajar.
4. Penghasilan bahan untuk P & P daripada guru untuk pelajar dan pelajar untuk
pelajar.
5. Menyediakan kemudahan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai
bentuk, bercetak dan eletronik untuk warga SKN.
6. Melahirkan warga SKN yang berinformasi pendidikan sepanjang hayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails