SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Isnin, Ogos 03, 2009

TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT 3 - MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA...


Lihatlah aksi dan gelagat pelajar-pelajar pra sekolah SK Nuri ini. Biarpun agak gugup pada mulanya, tapi bila microphone berada di depan mulut...bukan main asyik dan yakin lagi mereka bersuara.
Begitulah gelagat dan aksi adik Anis Farzana mendelamasikan sajak dan Adik Mud Naim pula menghafaz ayat Al Quran. Mereka berdua merupakan wakil pra sekolah Nuri dalam Karnival Pra Sekolah daerah Kuala Pilah. Walaupun kedua-dua mereka tidak mendapat sebarang tempat dalam pertandingan tersebut,tetapi yang penting ialah keberanian dan keyakinan yang ada pada diri mereka untuk berhadapan dengan khalayak ramai padahal umur mereka baru seathun jagung. Syabas dan teruskan jati diri yang ada pada adik-adik !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails