SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Jumaat, Julai 31, 2009

TERSIRAT DI SEBALIK YANG TERSURAT 2 : HAYATILAH 31 JULAI


Hari ini 31 Julai adalah Hari Pahlawan. hari yang dipilih khas untuk memperingati jasa pahlawan negara yang telah berkorban nyawa dalam mempertahankan ‘tempat tinggal’ kita hari ini sejak berpuluh tahun yang lampau.

Marilah kita luangkan sedikit masa mendoakan kesejahteraan mereka yang telah terkorban. kepada yang beragama Islam ……. AL FATIHAH ….. semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Saya bukanlah anggota polis atau tentera yg pernah bertempur dengan musuh negara. Saya cuma seorAng anak Malaysia yang sedar bahawa ..

*kita beroleh rahmat bahagia, yang Tuhan kurniakan ..

*kerana sebelum kita hidup lagi, ada generasi yang sanggup memulangkan nyawanya kepada tuhan .. hanya untuk demi memastikan saya dan anda semua hidup dengan aman bahagia sehingga hari ini.

*mereka telah berikan segala-gala milik mereka demi generasi kemudian
mereka (generasi kita); masa, tenaga, keringat, airmata, semangat, jiwa dan kemuncaknya nyawa.

*Adakah kita mampu memberikan yang sama untuk generasi kemudian kita?

*********************SELAMAT HARI PAHLAWAN*******************************

Khamis, Julai 30, 2009

Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat 1 : KAABAH

Binaan Kaabah (الكعبة), yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang dikunjungi jemaah haji dan umrah sehingga jutaan orang pada satu masa.

Sejarah

Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.

Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: ” Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci ” Dinding Hatim adalah 33 kaki ” Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki ” Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.

Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.

Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu Hajar Aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.

Lelaki itu ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. “Ia adalah al-Amin. Ia adalah Muhammad,” jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.

Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.

Seni bina

Bangunan yang berbentuk kubus berukuran 12 x 10 x 15 meter ini juga disebut dengan nama Baitullah dan Baitul Ateeq iaitu bermakna paling awal dan lama. Ia juga bermakna bebas dan merdeka.mecca_p.jpg

Isnin, Julai 27, 2009

SELAMAT HARI LAHIR BUAT CIKGU MAJIDAH

Walaupun Julai telah sampai ke penghujungnya, namun rasanya masih belum terlambat bagi warga SK Nuri mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' kepada Cikgu Majidah Ahmad yang telah menyambut ulangtahun kelahirannya pada 20 Julai yang lalu. Semoga Cikgu Majidah panjang umur, sihat dan bertambah anggun. :)

Ahad, Julai 26, 2009

LAWATAN PRA SEKOLAH SK NURI

Seronoknya saya apabila mendengar cerita bahawa murid-murid Pra Kasih dan Pra Sayang SK Nuri akan mengadakan lawatan tahunan mereka ke beberapa tempat di Melaka Bandaraya Bersejarah pada 25 Julai 2009.
Rombongan seramai 40 orang ini yang disertai oleh guru-guru pra, PPM pra, ibu bapa murid pra ini diketui oleh Cikgu Hartina.
Di antara tempat yang dilawati ialah Zoo Melaka, Taming Sari, River Cruise dan singgah di MyDin Melaka yang baru dibuka. Amboi sempat bersoping ye....seronoknya.
Terima kasih kepada Cikgu Hanim di atas information u tentang lawatan pra ini.
Semoga selamat pergi dan selamat balik kami doakan.

KURSUS KEUSAHAWANAN

Warga SKN merupakan sekolah yang selalu mendapat 'durian runtuh' dari pelbagai pihak yang memang menaruh kepercayaan yang tinggi kepada warga SKN kerana kewibawaan guru besarnya iaitu Pn Azizah Ab Manan. Oleh itu, pada 24-26 Julai seramai 10 orang murid dan 2 orang gurunya iaitu Pn Nor Fauziah dan En Affendy telah dipilih untuk mengikut Kursus Keusahawanan di Ilham Resort Port Dockson.
Kursus yang merupakan anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Negeri,Negeri Sembilan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ini bertujuan untuk melatih peserta-peserta yang juga merupakan ahli Kelab Usahawan Muda sekolah agar menjadi pemimpin kepada ahli kelab tersebut di peringkat sekolah agar menjadi usahawan yang berjaya dan berkat hidupnya dunia dan akhirat...Amin.
Tahniah kepada murid-murid SKN yang terpilih,bukan senang hendak mendapat ilmu yang sebegini di peringkat usia yang masih muda remaja lagi.Tambahan pula berpeluang menginap di penginapan yang selesa. Mesti seronok kan? Ok semoga berjaya di dalam aktiviti yang dianjurkan dan do the best...you can.

PEMANTAUAN PEMANTAPAN 5S

Pada 24 Julai yg lalu, pada jam 10.30 pagi warga SK Nuri telah dikunjungi oleh rombongan pegawai dari PPD Kuala Pilah seramai 3 orang bagi tujuan pemantauan pemantapan 5S peringkat sekolah. Rombongan tersebut telah diketuai oleh Tn Hj Zawawi. Fokus utama pemantauan pemantapan 5S ini ialah bilik-bilik khas seperti :
1. Bilik Guru Besar
2. Bilik-bilik GPK
3. Pejabat
4. Bilik Guru
5. Pusat Sumber Sekolah
6. Dan beberapa bilik khas yang lain.
Beberapa teguran yang membina telah diberikan kepada warga SK Nuri. Insyallah warga SK Nuri sedia membuat dan menyahut perubahan yang disarankan. Insyallah wajah bilik-bilik khas SK Nuri akan menampilkan penampilan baru pada pemantauan kali kedua selepas HariRaya Aidil Fitri nanti...Amin.
Kepada Tn Hj Zawawi dan rombongan beliau,terima kasih diucapkan atas pandangan yang membina untuk kebaikan SK Nuri.

Selasa, Julai 21, 2009

MESYUARAT IQ-PSS

Tahniah...kepada PKG Johol,kerana telah berjaya menganjurkan mesyuarat IQ-PSS pada hari ini dengan jayanya di PKG Johol sendiri.
Melalui mesyuarat ini,para GPM yang hadir telah diberi taklimat tentang kemaskini maklumat PSS melalui online.
Malangnya, terdapat segelintir rakan GPM yang tidak dapat sama hadir dalam mesyuarat tadi kerana banjir yang melanda di kawasan sekolah masing-masing. Jangan susah hati...'sifu-sifu' kita di PKG Johol akan datang membantu saudara semua. : )

Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia ke - 15


Hari ini terukir satu lagi sejarah dalam dunia pendidikan di Malaysia. Di mana hari ini Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia ke - 15 dan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia ke - 27 Tahun 2009 telah berlangsung di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Majis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Konvensyen bermula 20 hingga 23 Julai 2009 dengan tema ' Guru Besar Pembina Negara Bangsa '. YAB Timbalan Perdana Menteri menyatakan pemansuhan PPSMI adalah muktamad pada tahun 2012. Akronim MBMMBI ( Memperkasa Bahasa Malaysia dan Memantapkan Bahasa Inggeris menjadi niat kerajaan masa kini.)

PERKHEMAHAN 1 MALAYSIA

Pada jam 12.30 tengahari yang lalu, seramai 20 murid iaitu 10 murid lelaki dan 10 orang murid perempuan telahpun bertolak ke Kem Pusako untuk Perkhemahan 1 Malaysia.
Perkhemahan ini telah diketuai oleh Uztaz Rosdi Sulaiman yang akan menemani para peserta perkhemahan ini bermula hari ini hingga hari Jumaat ini.
Kepada rombongan sekolah ini semoga sihat dan selamat pergi dan balik nanti.
Jangan rindu-rinduan keluarga yang ditinggalkan. Berkorban untuk kebaikan diri kita banyak fadhilatnya yang akan kita terima nanti.
Jaga diri baik-baik ya...

SELAMAT PENGANTIN BARU

Kepada Uztazah Ruziana...Tahniah kerana telah mendapat
status 'isteri orang' pada 18 Julai yang lalu.
Warga SK Nuri mengucapkan Selamat Pengantin Baru
semoga kekal bahagia hingga penghujung nyawa.

Khamis, Julai 16, 2009

PROGRAM TIGA PENJURU TAHUN ENAM

Tanggal 15 Julai 2009 merupakan satu lagi detik bersejarah dalam sejarah peristiwa Sekolah Kebangsaan Nuri. Ini kerana pada tarikh ini jam 3 petang telah diadakan Majlis Perjumpaan 3 Penjuru murid-murid Tahun 2009.
Perjumpaan ini dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Kumpulan PACU , Kumpulan Sederhana dan Kumpulan GALUS.
Besarlah harapan pihak sekolah agar ibubapa yang hadir pada hari ini dapat bersama-sama berganding bahu dengan guru-guru Tahun Enam di dalam memastikan anak-anak didik SK Nuri yang berada di Tahun
Enam pada tahun ini berjaya di dalam UPSR yang hanya
tinggal 55 hari dan lebih kurang 1320 jam sahaja.
Insyaallah segala yg baik pasti menjadi kenyataan jika kita bersama-sama berusaha , berdoa dan bertawakal.



Selasa, Julai 14, 2009

5S PERINGKAT KELAS



Syabas diucapkan kepada warga SK Nuri khasnya murid-murid dan guru-guru amnya kerana telah menyahut seruan Pn Azizah Bt Ab Manan,selaku guru besar untuk melakukan 5S dalam kelas masing-masing.
Program ini dilaksanakan bagi memastikan murid-murid dapat mengenal erti kebersihan dan kekemasan ruang yang perlu menjadi amalan harian murid dan warga sekolah keseluruhannya.
Syabas...teruskan amalan murni ini agar menjadi budaya dalam hidup kita....amin.

Isnin, Julai 13, 2009

PROGRAM TIGA PENJURU TAHUN 1-TAHUN 5

Hari ini merupakan satu lagi detik bersejarah terukir bagi warga SK Nuri amnya. Ini kerana hari ini merupakan 'Hari Perjumpaan Tiga Penjuru' bagi guru-guru , ibu bapa dan murid-murid yang terlibat dengan Tahun 1 hingga Tahun 5. Perjumpaan tersebut berlangsung dari jam 12.30 tengahari hingga tamat waktu persekolahan. Melalui perjumpaan ini ibu bapa dan guru-guru akan berbincang tentang kekuatan dan kelemahan anak masing-masing. Di samping itu juga, melalui program ini pastinya silaturahim antara ibu bapa dan guru serta warga sekolah akan tersemai dan erat lagi pada masa akan datang hendaknya.

Ahad, Julai 12, 2009

PROGRAM SEMAIAN WAHYU....TAHNIAH & SYABAS..TERUS MAJU PUTERA-PUTERI SK NURI




Pertandingan Semaian Wahyu yang telah diadakan pada 11 Julai 2009 bertempat di SK Undang Johol telah memberi kenangan terindah bagi putera-puteri SK Nuri yang telah meraih beberapa kejayaan dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.
Di antara kejayaan tersebut ialah :
a. Johan tilawah Al Quran Tahap 2 (perempuan) - Nurul Husna Radzi
b. Naib Johan disandang oleh Kumpulan Dikir Barat SKN - yang dianggotai seramai 20 orang
peserta
c. Ketiga dalam Kuiz Tahap 2 - Adik Anis Sabrina Roslee, Nur Amira
Zulaikha dan Mohd Ridhwan Abd
Rashid
d. Ketiga bagi acara Tilawah Al Quran Tahap 1 - Aimi Raudhah Aziman
(perempuan)

Warga SK Nuri mengucapkan TAHNIAH kepada putera-puteri SK Nuri yang telah berjaya dalam program Semaian Wahyu ini dan tidak lupa kepada 'sifu' Program Semaian Wahyu SK Nuri iaitu Uztaz Rosdi dan barisan uztazah yang terlibat. Kepada yang tidak berjaya usah putus asa.

SEKALUNG TAHNIAH.. UNIT LDP SEKOLAH, SK NURI

Tanggal 11 Julai 2009 bersamaan hari Sabtu semalam ,Unit LDP SK Nuri telah menganjurkan satu lagi slot LDP dengan jayanya.
LDP yang merupakan kali ketiga bagi warga SK Nuri ini bertajuk P&P yang berkesan di dalam bilik darjah. Penceramah jemputan bagi LDP ini pula ialah En Ismail Arshad dan Hjh Rohani Mohamed yang merupakan ketua nazir dari KPM.
LDP ini terdiri dari 2 slot iaitu :
8.30-10.30 pagi - Pencairan maklumat hasil dari jemaah penaziran tentang pengurusan bilik darjah dan peranan guru sebagai perancang,pengelola,pengurus dan pengawal bilik darjah agar ianya senantiasa kondusif.
10.30 - 12.00 tengahari pula merupakan slot perbengkelan dan pembentangan hasil perbincangan guru-guru dalam kumpulan masing-masing.
Perbentangan kumpulan ini telah dinilai oleh En Ismail melalui hasil dapatan yang telah guru-guru perolehi di slot pertama dan cara persembahan kumpulan masing-masing.
Keputusannya, Kumpulan 2 yang dinamakan 'RANGERS NURI' dan diketuai oleh Cikgu Abu Zaini dan rakan-rakannya yang lain iaitu Cikgu NorFauziah,Cikgu Kamisah,Cikgu Nor Hayati dan Cikgu Majidah telah mendapat tempat pertama - TAHNIAH. Kepada kumpulan guru yang lain usah putus asa,bengkel LDP yang lain kita cuba lagi ya.
LDP ini telah berakhir pada jam 12.30 tengahari.Banyak info dan pengetahuan yang telah dikongsi bersama kedua-dua orang nazir yang hadir.Semoga p&p guru-guru akan lebih efektif dan berkualiti selepas ini...amin.
Kepada En Ismail dan Hjh Rohani,terima kasih daun keladi lain kali datanglah lagi.







Khamis, Julai 09, 2009

'HAPPY BIRTHDAY...UZTAZAH J-QAF SK NURI '


Pada 09 Julai dua puluhan tahun yang lalu telah lahirlah seorang baby girl yang akhirnya kini telahpun mencapai impiannya untuk menjadi uztazah yang millenium dan sporting tau. So, warga SK Nuri ini mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada Uztazah J Qaf SK Nuri iaitu Cik Ruziana Alwi. Lebih kurang semingu lagi gelaran cik di depan nama uztazah Ana ini akan expired. Sebab beliau akan bergelar isteri orang pulak lepas ni..
Semoga panjang umur , murah rezeki dan sihat selalu.

Ahad, Julai 05, 2009

Tahniah .....MINI KARNIVAL SK NURI 2009 !

Semalam pada tanggal 04 Julai 2009,PIBG SK Nuri bersama warga SK Nuri telah berjaya mengadakan Mini Karnival SK Nuri 2009 dengan begitu meriah dan jayanya.
Program ini telah dirasmikan oleh Dato Hassan Malik , Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kuala Pilah. Turur hadir ialah Yang Berbahagia Dato' Abdullah Mohammad, Pengarah PelajaranJabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus
Sebanyak 13 gerai jualan makanan dan minuman yang dikelolakan oleh guru-guru dan murid-murid SK Nuri sendiri. Tahniah kepada semua guru dan murid kerana telah menunjukkan bakat terpendam dalam perniagaan masing- masing... :)
Gerai-gerai jualan tersebut ialah :
a. Gerai Minuman - Unit Uniform Pengakap ( Cikgu Fadil)
b. Gerai Aiskerim - Persatuan Agama Islam ( Cikgu Suriyati)
c. Gerai Ayam Goreng - Unit Pusat Sumber Sekolah ( Cikgu Nor Hayati)
d. Gerai Cucur Udang - Puteri Islam (Cikgu Hamidah)
e. Gerai Kacang - Tunas Budaya ( Cikgu Daliah)
f. Gerai Nasi Goreng - Persatuan Bahasa Melayu(Cikgu Nor fauziah)
g. Gerai Buah - Kelab Usahawan Muda (Cikgu Nooraini)
h. Gerai Kuih-muih - Persatuan Sains(Cikgu Norlinda)
i. Gerai Nasi Lemak - TKRS ( Cikgu Norzrah)
j. Gerai Burger - Persatuan Matematik (Cikgu Majidah)
k. Gerai Ice Blended - Persatuan Bah Inggeris(Cikgu Huda)
l. Gerai Nasi Campur - Pengurusan SKN

TAHNIAH KEPADA GERAI PENGAKAP DAN BAH INGGERIS KERANA AIR DAN ICE BLENDED MEREKA PALING LARIS...Ada talent kalau nak bisnes bazaar Ramadhan nanti... :)Kepada pengurus gerai yang kurang sambutan jangan putus asa. Lain kali kita berniaga lain pulak. Biasalah adat berniaga ada untung dan ruginya.

Di samping itu,SK Nuri juga telah menjemput agensu luar seperti Bomba Kuala Pilah, Pusat Kesihatan Kuala Pilah, AADK Kuala Pilah dan Polis Kuala Pilah. Tidak lupa juga kepada pihak Prudential Takaful, OKU Rumah Bahagia Johol dan pihak akhbar Sinar. Kami merakamkan jutaan terima kasih kerana sama-sama memeriahkan karnival SK Nuri.

Selain itu, karnival ini juga turut mengadakan pelbagai jenis permainan yang dikelolakan oleh Cikgu Abu, Cikgu Zahari, En Jalaludin dan `the geng'. Terima kasih semua.

Kemuncak karnival ini ialah Majlis Alumni Bekas Pelajar SK Nuri. Majlis penutupan disempurnakan oleh YB Roslan Mohd Yusuf,Adun Johol.
*Gambar-gambar sepanjang karnival ini akan dipamerkan nanti.Insyallah

TAHNIAH...PUTERA PUTERI SK NURI


TAHNIAH ...kepada putera puteri harapan SK Nuri

Warga Sekolah Kebangsaan Nuri mengucapkan tahniah kepada adik-adik Mohd Aqmal Hamzah,Anis Nabilah Arifin, Allya Najihah Zahari dan Nadhirah Md Ali yang telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan Canang 2 ( UPSR ) baru - baru ini.
Pihak sekolah berharap agar kecemerlangan ini akan berterusan dalam peperiksaan percubaan UPSR yang akan dijalankan lebih kurang 2 minggu lagi.
Kami doakan keputusan sebegini juga akan menjadi realiti pada peperiksaan UPSR yang akan menjelang pada bulan September nanti.
Semoga kejayaan mereka turut menjadi perangsang kepada calon-calon yagn lain. Sesungguhnya tidak ada sesuatu yang mustahil untuk dicapai seandainya kita berusaha dengan gigih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails