TAHNIAH & TERIMA KASIH.....Kepada `sifu-sifu' di PKG Johol kerana telah berjaya mengadakan satu lagi kursus yang sangat berguna kepada GPM daerah Johol dengan menjemput `sifu' En Norizan dari PKG Rantau untuk memberi pendedahan tentang photoshop ini.
Terima kasih daun keladi , lain kali adakan kursus lagi.
SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA
KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM
Assalamualaikum w.b.t…
Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM.
Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya.
Sekian, wassalam .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan