SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA
KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM
Khamis, Mei 21, 2009
KURSUS PHOTOSHOP
Terima kasih daun keladi , lain kali adakan kursus lagi.
Sabtu, Mei 16, 2009
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

| ||||
LAGU TEMA HARI GURU 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Selamat Hari Guru

Guru sejati muhasabah diri,
Bijak bertindak dan berdikari...
Guru Sejati senyum mesra,
Sentiasa menggunakan budi bicara....
Senyuman dipapar menawan hati,
Tutur katanya penuh bererti...
Guru sejati tekun bekerja,
Ada wawasan semangat waja...
Guru Sejati guru berkualiti,
Gigih mengajar sepenuh hati...
Guru sejati berbudi bahasa,
Berkhidmat demi nusa dan bangsa...
SELAMAT HARI GURU..
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA..
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI KAMI!
Terima kasih kerana mengunjungi laman web Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Nuri. Laman web ini masih lagi dalam proses pembinaan. Pihak kami mengharapkan laman web ini dapat memberi anda informasi, berita dan pelbagai isu dari semasa ke semasa mengenai PSS, sekolah, guru dan murid mahupun bekas pelajar SK Nuri. Kami juga amat mengharapkan kerjasama dari pihak anda untuk memberi sebarang cadangan untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Kami juga berharap pengunjung memberi pendapat atau cadangan .