
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih saya untaikan kepada guru pembantu perpustakaan SK Nuri iaitu Cik Ruziana Alwi yg telah menyanggupkan diri menggantikan tempat saya untuk menghadiri kursus pembinaan blog PSS ini. Insyallah , saya akan cuba menyambung penyediaan blog pss ini dengan bantuan ilmu daripada beliau.
Walaupun jauh di sudut hati,rasa terkilan tidak dapat bersama menyertai kursus ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan.Harap lepas ini En Ghazali dan En Shafie yg merupakan orang kuat PKG Johol akan menganjurkan sekali lagi kursus ini. Saya hendak sangat menimba ilmu dari sifu-sifu berkenaan. Harap sifu-sifu berkenaan akan perkenankan permintaan saya ini... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan