Selasa, Mei 17, 2011

HADIAH ISTIMEWA HARI GURU UNTUK PSS SK NURI

Kamera digital baru PSS SK Nuri sumbangan PIBG SK Nuri sesi 2011/2012

Sempena Hari Guru 2011, Pusat Sumber SK Nuri telah mendapat sumbangan sebanyak RM500 daripada PIBG SK Nuri yang diterajui oleh Uztaz Radzi Abu Hassan. Peruntukan sumbangan itu bertujuan untuk PSS SK Nuri membeli sebuah kamera digital yang baru bagi menggantikan kamera digital yang telah rosak.

Terima kasih kepada pihak PIBG SK Nuri atas sumbangan ini. Sesungguhnya penggunaan kamera digital amat penting kepada pengurusan PSS bagi tujuan pendokumentasian bergambar bagi setiap program sekolah.Tambahan pula, ianya termasuk dalam salah satu elemen yang dipantau dalam Pengredan PSS & Pentarafan PSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan