SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

PSSKU CEMERLANG, SEKOLAHKU GEMILANG....PSS SK NURI MENYEMAI DAN MENYUBURKAN ILMU DI MANA JUA ANDA BERADA.

KALAM PENTADBIR SEKOLAH: PN HJH. HAMIJAH BT HASSIM

Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu semua murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran agar tidak hanya bergantung kepada buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SK Nuri dan perkongsian ilmu.TAHNIAH! kerana berjaya menjadi Johan Pusat Sumber Cemerlang Kategori Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 . Semoga Pusat Sumber SK Nuri terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam .

Ahad, Januari 10, 2010

SELAMAT DATANG & SELAMAT KEMBALI KE SKN

Alhamdullilah sudah seminggu alam persekolahan bermula. Semoga kepada murid -murid Tahun Satu yang baru menempuh alam persekolahan, warga PSS SKN ingin mengucapkan 'Selamat Bersekolah' di SK Nuri.
Kepada murid - murid Tahun Dua, Tahun Tiga , Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam ' Selamat Kembali' ke sekolah.
Semoga anda semua akan terus bersemangat untuk belajar dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun ini.
Di kesempatan ini juga warga PSS SKN ingin merakamkan ucapan 'Selamat Datang Bertugas di SKN' kepada cikgu-cikgu baru SKN. Mereka ialah Pn Norliza Bahamad yang merupakan GPK Ko Kurikulum baru SKN, Pn Suria Mohd Karim yang merupakan guru J Qaf dan seorang lagi cikgu baru SKN ialah Cik Norhaflida Abd Hamid yang merupakan guru Lepasan KPLI. Semoga kehadiran mereka akan terus melakarkan kejayaan , kecemerlangan dan kegemilangan anak-anak didik SK Nuri.
Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakam pada hari pertama persekolahan yang lalu.


Tn Hj Mohd Kadzri B Hj Ibrahim selaku Guru Besar SK Nuri menyampaikan ucapan sulung beliau dalam perhimpunan rasmi hari pertama sesi persekolahan 2010.


Murid-murid tekun mengikuti majlis perhimpunan rasmi ini. Kelihatan pengawas PSS berwajah baru dengan pakaian seragam baru mereka yang berwarna ungu.

Ini pula wajah -wajah jernih murid-murid perempuan SK Nuri.
Lihatlah wajah - wajah pelajar Tahun Satu yang begitu yakin dan lengkap dengan pakaian seragam sekolah baru mereka.

2 ulasan:

  1. Salam, selamat menyambut ramadhan al-mubarak................... AH LAN WASAHLAN YA MARHABAN BIKUM.........

    BalasPadam
  2. SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2011 KEPADA SEMUA PELAJAR TAHUN 6 SK NURI......SEMOGA DIMUDAHKAN MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN UPSR ......

    ......AMIN.......

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails